sTory From a Dentist,.....

artikel ni dicedok daripada seorang blogger yg bergelar dentist...hmmm... satu nasihat yg berguna kepada sesiapa yg berkenaan... kemungkinan sebhgn kwn2 anda menyedari hakikat ini, tp tidak terluahkan kpd anda...jd...mgkin artikel ini berguna untuk kita bersama...=)





Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt

"Kerja akak mulia, boleh buatkan muka yang hodoh, jadi cantik" Saya terkelu membaca sms seorang adik. Saya sebenarnya cukup tidak suka jika bidang pergigian yang saya ambil hanya dikaitkan dengan kosmetik dan kecantikan. Bak kata seorang kawan dari gigi jongkang jongket jadi jambatan yang rata. Adui, sampai begitu sekala analog yang diberikan tentang doktor pergigian. Kami sedar, di dalam bidang pergigian, ramai yang berjumpa dengan kami semata-mata untuk menjadikan wajah semakin cantik. Ada pembedahan membetulkan muka, atau diistilahkan sebagai 'orthognatic surgery' di mana rahang atas (maxilla) akan dibawa ke hadapan sedikit manakala rahang bawah (mandible) akan ditolak ke belakang sedikit. Ini bagi pesakit yang mempunyai bentuk skeletal class III di mana dagu pesakit terletak ke hadapan berbanding rahang atasnya.


Malah, dalam rawatan pergigian juga, gigi yang berkarat, kami boleh jadikan dia putih semula, insya allah. Gigi yang tiada, kami gantikan. Insya allah. Tapi, ilmu pergigian bukan sekadar mencantikkan muka orang. Di dalam pergigian, apa yang penting adalah penjagaan kesihatan oral. Kerana dari kesihatan oral, ia akan menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh badan. Sebagai contoh, kesihatan oral atau kebersihan mulut yang tidak memuaskan dalam ibu-ibu yang mengandung boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Kebersihan mulut yang tidak sempurna juga mengakibatkan serangan sakit jantung. (sekiranya saya ingin berbicara tentang ini, saya perlu mengisinya dalam 2 artikel)
Sekiranya dahulu, Doktor Gigi hanya dipandang tugasnya sebagai mencabut gigi orang, menampal gig orang, tetapi sekarang, pesakit semakin 'demanding'. Gigi yang berjongkang jongket hendak diratakan, muka hendak dicantikkan menjadi seperti artis. Saya sebenarnya risau, hendak diturutkan, ada pegangan yang perlu dipertahankan, tak hendak diturutkan, berubah pula air muka pesakit.



Semakin ramai yang ingin memakai 'braces', atau pendakap gigi. Di dalam hadis rasulullah saw ""Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya." (Riwayat Thabarani)
"Dilaknat perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Di dalam rawatan pergigian, sememangnya ada,salah satu untuk menjadikan gigi yang terlalu rapat adalah dengan mengikir gigi, atau istilahnya 'interdental stripping'. Dalam rawatan ini, beberapa gigi akan diasah menggunakan kertas pasir yang khas di antara celah-celah gigi bagi menjarakkan gigi tersebut, dan kemudiannya akan rata. Sekiranya rasulullah saw, telah berpesan dengan sebegitu, saya tidak boleh mengetepikan pesanan rasulullah saw. Saya memang agak tidak selesa apabila ada orang meminta supaya rawatan orthodontic dierikan. Takut sama-sama dikatakan bersubahat dengannya untuk mengubah ciptaan Allah. namun begitu,Saya akui, dalam beberapa keadaan, ada pesakit yang saya perlu menerima sebagai pesakit. Sebagai contoh, pesakit terlalu berasa rendah diri, sehinggakan prestasi akademik atau kerjanya sangat merudum. Pakar saya pernah bercerita tentang pesakitnya, yang sering diejek oleh rakan-rakannya di sekolah, sehinggakan dia tidak mahu lagi ke sekolah. Sekiranya pesakit ini tidak mendapatkan rawatan pergigian, dia akan terus dikuasai 'inferiority complex'. Jadi adalah harus bagi doktor pergigian memberi rawatan yang sepatutnya. Apabila ada pesakit yang ingin membuat rawatan orthodontic atau 'braces', saya akan cuba mengelakkan rawatannya hanya kerana kecantikan. Sebagai contoh dalam pesakit yang jongang, saya akan memberitahu bahawa, rawatan yang diberikan kepadanya adalah agar dia dapat berkomunikasi dengan baik. Dalam pesakit yang sebegini, sebutan s mungkin tidak sempurna. Apatah lagi untuk membaca ayat-ayat al quran. Sebutan huruf sin dan tsa adalah sangat berbeza, dan dalam pesakit sebegini sebutan huruf sin akan dsebut sebagai tsa. Jadi, rawatan yang diberikan adalah sebutannya dalam solat dan dalam bacaan al quran adalah tepat.Tidak tersalah makna. Ada pesakit yang minta giginya yang jarang dirapatkan. Saya dengar dahulu sebutannya. Sekiranya sebutannya masih elok, saya agar sukar untuk 'refer' ke pakar. Saya perlu melihat adakah ia menganggu kemaslahatan sosialnya.


Di klinik, Saya pernah ditergur oleh staff nurse, untuk 'grooming'. Katanya, "Diyana pakailah make up sikit. Gincu sikit dan make up sikit, patient pun bertenaga tengok awak". Saya hanya tergelak kecil. Saya bergurau, "Saya make up untuk suami saya :D".. Staff nurse turut sama tergelak. malah sewaktu awal-awal sesi klinikal, matron sempat berpesan agar, muka turut di 'make up' sikit. Hmm, terpulang ..Cumanya pada saya, tidak perlu ber'make up' andai diri sudah pandai dibawa. Ke mana diri dibawa dijaga maruahnya.


Tidak perlu terlalu cantik untuk diterima masyarakat. Bukankah begitu? Betulkan saya sekiranya saya tersilap.
Saya selesa dengan penampilan saya sekarang. Berbaju kurung, bertudung tiga segi lerang 60, atau berblaus labuh, seluar panjang tidak ketat, dan bertudung tiga segi lerang 60.. Saya selesa begini. Paling-paling pun, saya hanya akan mencalitkan sedikit lip balm. Tiada 'blusher' tiada mascara, tiada eye shadow. Pada saya, cukuplah dengan kemas, dan bersih serta nampak professional. Persoalannya, adakah saya tidak kelihatan professional dengan pakaian yang menutup aurat tanpa sebarang solekan? Adakah saya dinilai dengan bagaimana saya mencantikkan muka saya? Tidak, sama sekali tidak. saya dinilai melalui tahap saya dalam klinik, bagaimana saya menguruskan pesakit saya, dan prestasi akademik saya. Itu yang dimaklumkan kepada kami.Tapi sekiranya pergigian ini dinilai melalui kecantikan, maka perlulah dimasukkan dalam buku requirement kami, groom up. Sebenarya risau dengan tanggapan orang. Apatah lagi dalam zaman yang semuanya perlu nampak cantik atas standard yang disediakan oleh barat. Kulit perlu putih melepak, hidung mancung, mata bundar dsb. Sememangnya fitrah kita inginkan kecantikan tapi bukanlah itu matlamat akhir. Saya agak sukar untuk bersekongkol dengan apa-pa yang mengubah ciptaan Allah. Moga kan terus dilindungi Allah .Ameen



p/s: segalanya bergantung kpd niat kita...jgn mengubah ciptaan ALLAH semata-mata untuk menjadi lbh cantik...tp adalah harus sekiranya "kekurangan" itu menyebabkan kekangan dlm kehidupan seharian kita sbgaimana yg diperkatakan dlm artikel ni...=)

- fr L's blog-

Mesir, Padaku adalah.......

aSSalamualaikum..

Siri ke-2 Jelajah ke Mesir =p



Hari Pertama sy di bumi Mesir, perkara pertama yang begitu mengagumkan sy adalah amalan bertemankan al-quran dikalangan penduduk mesir. Tidak kira dimana mereka berada, al-quran tetap disisi. Kalaw kita perhatikan dalam setiap kereta, mesti ada sekurang-kurangnya satu naskah al-quran. Agaknya sebelum keluar umah, al-quran lah perkara pertama yang mereka cari utk dibawa bersama, sekiranya tak jumpa, alamatnya terbantutlah hasrat mereka untuk keluar. macam mana pulak dgn kita kat mesia ni?


Nadirah: Angah, cepatlah...Dah lewat sangat ni..Pengantin Lelaki dah nak sampai da..Irah da janji dgn kak yapma utk jd pengapit dia....cepat Laaaa,...duk cari apa lagi tu..?

Angah: Irah ada nampak tak hand bag angah yang warna pink tu? semalam angah letak kt cni, tp.........mane plk peginya....Ishhh...takde mood la nk pegi !!

Nadirah: Ala, pakai je bag sekolah adek tu, ari ni kn cuti sekolah..(sambil ketawa sinis)..

Angah: Owang serius neh...!! main-main plk..da laa...irah pegi lah sorang-sorang..mane best klw baju tak 'matching' dgn hand bag..jgn lupa kim salam kat kak yapma taw...tolong tapaukan sekali nasi dagang tu,..hehe

Tengok, hand bag punya pasal sampai tak jadi nak pegi kenduri kawen.

Firman ALLAH:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Al-Hijr: 9)


Menurut Imam Ar-Razi bahawasanya setiap huruf, setiap kalimah, setiap baris dalam Al-Quran itu terkandung padanya faedah. Banyak lagi faedah-faedah yang akan kita perolehi dgn membaca al-quran. Kalimah Basmalah mempunyai sebanyak 19 huruf, dan sekiranya kita hanya membacanya dengan niat utk membaca al-quran, kita dah dapat 190 pahala..




Firman ALLAH:

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ni) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu" (Surah Fussilat: 53)


"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman: 13
)


Jadi tak salah rasanya untuk kita menciplak budaya mulia mereka ini. kita boleh bermula daripada awal. kalaw selama ini kita jarang-jarang membaca quran, cuba kita amalkan sekurang-kurangnya 3 ayat satu hari, tp dgn syarat kene lah istiqamah. Then as time goes by, I.allah kia akan lebih rapat dgn al-quran, InsyaAllah...



"Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-cita yang terbesar dalam hidupnya, maka ALLAH akan memberikan empat perkara dalam hatinya: kesusahan, yang tiada putus-putusnya untuk selama-lamanya, kesibukan, yang tiada akan selesai selama-lamanya, kemiskinan yang tidak akan berkesudahan, dan angan-angan yang berpanjangan" (Hadith)

Si research yang wat tidoku tak tenang,..


aSSaLamuaLaikum,,,

Alhamdulillah, masih bisa mengadap notebook(teman setia dikala susa) neh,.rasa lega sangat-sangat hari ni sebab benda yg membebankan udah selesai. bile je Dr.Natasya bilang 'next',..wah,..rasa nak terbang pon ada,..research proposal ni betol-betol mencabar tahap ketensenan,..baru je membayar 'hutang' tido time zohor td..thanx buat mataku yg sama-sama bekerja dgn kawan-kawan dia yg lain..dia x tertutup walaw sekalipon..rasanya time PRO exam ari tu takde la seteruk ni..

Tapi rasanya memang berbaloi la blaja this subject,..(walaupon susa giler...) takpe,.kata org2 dulu,.bersusah-susah dahulu...sebab nati kita akan apply semua ni, so jgn biarkan RM lari dari MINDA anda..~_* semalam nye ktorang punye group presentation..nk amek kesempatan nk ucapkan jutaan mekaseh kpd team sy yg mmg mantap giler (Paman Amal, Sob, Azah, Hafsah, Marahaini, Ikin). Thanx a lot....skrg baru percaya mksod sebenar disebalik 'work as a team'... nk amek kesempatan jg nk mintak maaf kot2 ad TERbuat salah sepanjang perbincangan kita yg lps....sedangkan lidah lagi tergigit..(ai,..terbayang sup lidah kt longkang...Mal,..tak sabar nak tunggu makan free..semoga ko berjaya wahai sahabatku...)

Pesanan ikhlas kpd teman2 yg belom present ,GOOD LUCK yer......

Perkongsian Ceramah Palestin

Assalamualaikum. (pembetulan nama penceramah,.harap maaf)
Sekadar nak berkongsi dengan sahabat2 isi-isi ceramah yang disampaikan oleh seorang sheikh Palestin yang pernah menjadi mangsa kekejaman askar israel laknatullah.


ceramah palestin yg disampaikan oleh Sheikh Husein Khalil Saqar Al' Awawidah di masjid negeri, shah alam,18/4/09.


Sheikh Husein Khalil Saqar Al' Awawidah
(Pengerusi Robitah Ulama' Palestin)


Biodata:

Dilahirkan di daerah Hebron, Imam dan khatib di masjid Hebron (Masjid Istiklal-kemerdekaan), ahli majlis ikatan ulama palestin, Pengerusi Robitah Ulama' Palestin, pernah ditangkap dan diseksa oleh tentera israel laknatullah dan pada tangkapan ke-6, beliau telah diseksa terok sehingga beliau kehilangan kedua-dua belah mata. hampir 13 kali beliau keluar masuk dari penjara.

Beliau datang dari tanah palestina, sedang menegakkan al-aqsa.
saudara2 kita di palestin sudah memahami bahawa jalan yg mereka tempuhi adalah jalan yg menuju ke syurga. syurga begitu mahal harganya, untuk meraih syurga, kite perlukan kesabaran, kesungguhan, dan berjihad di jalan Allah.
kaum muslimin yg berada di gaza, walaupon mereka di pisahkan dgn tembok yg setinggi 8m, walawpon mereka dipisahkan dari madrasah2, walaupon mereka disiksa, dihalau dari negara sendiri, walupon zionis terus menggali tanah gaza, tetapi mereka berjanji tidak akan sekalipon mengaku kewujudan negara zionis israel itu.

Mereka meyakini bahawa jalan yg mereka lalui adalah benar, mereka dapat menghasilkan seramai 5 ribu lebih penghafal al-quran selama 2 bulan.
mereka telah berhasil membuat senjata2 sendiri, memodifikasi roket yg sebelum ini jauhnya hanya 30 km kepada 50 km.
'apabila kalian membantu di jalan allah, maka allah akan membantu kalian'.
mereka selalu menyebut 'Hazbunallah wa nikmal wakil' (cukuplah Allah sebagai pelindungku)...

Allah berfirman:
"bahawanya org kafir berasa takut kepada kamu lebih takut daripada takut kpd Allah"

seorang nenek yg bernama fatimah najjar, beliau diamanahkan utk meledakkan dirinya utk mnghancurkan orang2 kafir,beliau sanggup meninggalkan 40 orang cucunya.

Q:
apakah perasaan beliau apabila beliau diseksa di penjara?
Beliau mempunyai keyakinan yg tinggi kepada allah, sayang dan yakin bahawa allah bersama beliau, dan rasa izzah kepada islam.

Ceramah disampaikan Ustaz Fary (aktivis palestin di indonesia)

Pujian hanya layak untuk allah, segala nikmat2 yg allah bagi membolehkan kita bergerak, menghayati kehidupan seharian dan dapat berada di masjid.
Saudara2 dari Gaza mmengirim salam kepada kita.
beliau bertuah kerana dapat memasuki ke gaza, bukan senang nak masuk ke Gaza. beliau berada di gaza selama 3 hari dan bertemu dgn rakyat palestin dan rakyat itu memberitahu 3 perkara:

1.doakan semoga dapat kembali menunaikan solat di masjid al-aqsa.
2.sampaikan salam kepada rakyat indonesia dan semua kaum muslimin.
3.jangan lupakan kami, doakan kami.

Hati yg tergerak, keinginan yang muncul utk membantu saudara2 di Gaza..siapa tuan hati ini klw bukan allah.allah lah yg menggerakkan hati2 ini.
allah jugalah yg membolak-balik kn hati2 hambanya yg Dia kehendaki.

senyum seorang muslim kepada muslim yg lain adalah sedekah, awalan kepada satu komunikasi.

beliau perasan bahawa saudara2 kat sana baik amalannya..contohnya:

1. senyum
2. Bagi salam
3. memuliakan tetamu
4. mereka cintakan masjid
5. mereka cinta pada al-quran

2 tujuan israel menyerang palestin:
a.menghancurkan HAMAS
b. menghentikan roket



Penulis mengambil peluang bergambar kenangan bersama penceramah dan hadirin yang hadir.

Salam Dari Bumi Anbiya'

Assalamualaikum,..(siri pertama,.ngeh3)

Uuh,.agak lama da tak mengupdate blog ni. emm, rasanya da 2 minggu blog ni terbiar, tp alhamdulillah Allah bg kesempatan masa utk ak melakar beberapa bicara akal dan hati yg rasanya elok utk dikongsikan bersama...


Alhamdulillah, ak selamat sampai ke mesia malam td (11/04/09 2120 pm) setelah meluangkan masa selama 2 minggu di bumi anbiya', mesir.
kami berangkat ke Mesir pada 28/3/09,sabtu yang lalu..perjalanan dari mesia ke cairo memakan masa selama 12 jam,.alhamdulillah, kami selamat sampai ke cairo airport tepat jam 6:00am(waktu mesir),12:00pm(waktu mesia).


alhamdulillah, akhirnya Allah memakbulkan cita2 yg penah ak tanam dulu utk melihat sendiri keagungan ciptaan Allah dan sejarah keangkuhan pemerintahan firaun yang diceritakan di dalam kitab suci al Quran.


kami menghabiskan hari pertama kami di Kaherah dengan mengunjungi Egyptian Museum, Pyramids area(Pyramids, the sphinx and the valley temple) dan juga ke papyrus and essence factories.Huhu,.sempat juge la kitorang bergambar kenangan,..so gambar2 kt bawah ni sepanjang hari pertama kami kt kaherah @ cairo.





Front of Cairo Airport






Egyptian Museum






Wif my Rumate,Gek,.!!






me,pujey,ayie n lemi






Pyramid






Tired,.~_*







Sphinx







woOo,..!!












Tepat jam 8:18am(cairo), hari ke-2, kami berangkat ke Iskandariah(alexandria) dgn menaiki bas. perjalanan kami diceriakan dengan pemandangan2 yg begitu indah dan juga dihiburkan oleh 3 orang penyanyi yg semamangnya tak dikenali org ramai,..huhu. dan kami diminta utk bertakruf dgn Mr. Amru, Pak juni dan Kak Fitri selaku peneman sepanjang kami di Mesir neh. ada yg petah bercerita, ada yang buat2 tido, dan ada jugak yang segan nk bersuara,..oleh kerana ak tak tahu nk reka cerita, terpaksa la ak menyanyi,..1st time ak mnyanyi lagu yang liriknye ak main hentam jek,..haha.Orang len tak faham dan ak sendiri lagi laa tak faham,..muahaha.

kat Alex, kami dibawa ke Tembok Dinasti Mamluk, dan the bibliotheca alexandrina( the new library kt alex neh). besar giler library neh,betol2 kagum,..huhu.kan best klw ada kt mesia neh,...cm bese, hayatilah gambar2 kat bawah neh,..

hari ke-3, kami still kt Alex,..kami dibawa melawat ke Montazah Gardens dan juga King's Farouk Palace. Difahamkan oleh pak Juni, terdapat satu bridge dimana ia digunakan oleh king Farouk semasa berHoneymOon bersama Ratu Faridah. kalaw kite tengok kt dinding palace, terdapat banyak huruf F,..emm,.klw sape2 nk cari rumah ak, klw ada huruf R kt dinding umah, sah lah tu umah ak..hehe. Kami juga berkesempatan utk berkunjung ke makam Nabi Daniel dan Lokmanul Hakim.. pada hari ni juga kami bertolak ke Mansurah,..






nampak panas tp sanye sejuk,..







Pantai kt Alex, btol2 depan hotel,..







Montazah








depan palace of king farouk








Haa, ni la bridge nye,...







New Library kt alex,..besaaaaarrrrrr












inside,..















Makam Nabi Daniel



pada hari yg terakhir kami di Mesir, kami dibawa ke Makam Imam Shafie dan juga Pasar Hussein,...







Bersama teman-teman di hadapan Makam Imam Shafei






makam Imam Shafei






Pasar Hussein,..




Emm, untuk hari ke-4 hinggalah hari terakhir, kami berkampung di rumah pelajar2 medik di mansurah. so kami diwajibkan untuk join lecture dorang,..mcm bese, kene bangun pagi2, bersarapan dan bergegas ke lec hall...ok,.utk cite seterusnya, kne tunggu entry len,..siri ke-2,..ngeh2,..
assalamualaikum,..