Rahsia Membina Rumah Tangga Muslim Yang Bahagia

Oleh : Ustaz Mohd Khusyairie Marzuki
Pegawai Penasihat Agama UiTM Sarawak

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال: تَنْكِحُ المرَأَةَ لِاَرْبَعٍ , لمِاَلهِاَ وَلحِِسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فاَطْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنَ تَرَبَتْ يَدَاكَ (رواه الشيخان)- متفق عليه


-Maksud :

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung). ( Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.)






Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadith di atas.





Bagi mereka yang merancang ingin mendirikan rumahtangga muslim yang bahagia, aspek pemilihan jodoh yang tepat adalah sangat penting. Ini kerana, perkongsian hidup yang lahir nanti akan menentukan nasib sesudah berumahtangga dan menentukan corak hidup dalam masyarakat sama ada mendapat keredhaan Allah SWT atau sebaliknya. Bagi mereka yang bijak, sudah tentu akan mengutamakan calon isteri atau calon suami yang beriman kepada Allah SWT. Apa gunanya hidup kita, sekiranya kehidupan selepas berumahtangga menjadikan diri kita lebih jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT.




Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam memberikan panduan dalam memilih jodoh dengan mengutamakan calon isteri solehah atau suami yang soleh itu? Hikmahnya ialah dengan mempunyai nilai keagamaan itulah seseorang itu dapat memiliki akhlak yang baik, menjadi contoh tauladan kepada anak-anak dan saling bantu membantu dalam rangka untuk membina rumahtangga yang diredhai Allah SWT.




Alangkah bahagianya pasangan suami isteri apabila kehidupan alam rumahtangganya sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi persoalannya di manakah letaknya kebahagiaan rumahtangga tersebut?Adakah dengan mempunyai kekayaan dan memiliki segala-galanya, kehidupan seseorang itu sudah dianggap bahagia? Berapa banyak sebenarnya kes penceraian yang berlaku setiap tahun di kalangan mereka yang kononnya mempunyai kemewahan hidup semakin ketara? Jadi di manakah kebahagiaan itu sebenarnya ?






Sebenarnya kebahagiaan rumahtangga yang bahagia itu telah jelas ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sendiri. Segala-galanya bermula dengan niat yang ikhlas sebelum mendirikan rumahtangga iaitu membina rumahtangga itu adalah semata-mata ingin mencari keredhaan Allah SWT, bukan disebabkan faktor atau dorongan yang lain.






Tetapi berapa ramai yang menjadikan matlamat hidup ini untuk mencari keredhaan Allah SWT? Di mana letaknya keberkatan dalam berumahtangga? Apakah pasangan itu sekufu dan apakah neraca yang digunapakai dalam penentuan sekufu atau tidak?




Sekufu di sisi Islam adalah sekiranya pasangan suami isteri mempunyai kefahaman Islam dan matlamat hidup yang jelas, tahu akan tanggangujawab masing-masing bahawa membina rumahtangga muslim itu adalah suatu ibadah, saling merindui rumahtangga yang dirahmati dan diberkati Allah SWT, suami isteri yang saling nasihat menasihati antara satu sama lain dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT, cuba mewujudkan suasana rumahtangga yang harmoni, suami yang memberikan didikan agama kepada isteri dan ingatlah isteri yang solehah boleh membawa suami ke syurga.




Apakah rahsia membentuk rumahtangga muslim yang bahagia? Ingatlah para isteri yang dikasihi Allah SWT, antara ciri-ciri sifat isteri yang solehah itu apabila dia taat kepada Allah SWT, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan suaminya. Selain itu, menjaga sembahyang lima waktu, berpuasa dan menjaga maruahnya. Maka masuklah dia ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang disukainya. Berazamlah untuk menjadi isteri yang solehah. Sebaik-baik pemberian ke atas sesebuah rumahtangga itu ialah isteri yang solehah agar dapat membina keluarga sakinah.




Begitu juga, para suami yang soleh, mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga, mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah agar tidak membiarkan isteri mereka berada dalam kejahilan. Suami yang soleh juga akan memberikan makan, minum, pakaian, kemudahan tempat tinggal, memberikan perlindungan dan melayani isteri dengan baik.



Suami juga perlu banyak bersabar, menunjukkan contoh yang baik, memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada isterinya, mendidik, menegur isteri dengan penuh berhikmah, saling berlapang dada dan pemaaf.


Namun, apa yang dibimbangi ialah janganlah disebabkan apabila seseorang selepas alam berumahtangga membuatkan dirinya semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semasa bujangnya beliau terkenal dengan kuat sembahyang sunat, puasa sunat, berzikir dan bersedekah telah berubah. Kehidupannya berubah menjadi seorang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri, bekerja keras untuk mengumpul harta dan mengejar kemewahan semata-mata untuk keluarga.



Alangkah ruginya hidup yang fana ini sekiranya apabila memasuki gerbang rumahtangga itu menjadikan dirinya semakin jauh dari Allah SWT. Titik tolak kebahagiaan rumahtangga adalah bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

Terima kasih diucapkan kepada:
1)Ustaz Mohd Kusyairie Marzuki
2)

Fahamkan Mereka ~_^


Assalamualaikum..

Wah, udah lama laman ni kesepian, tanpa ada sebarang noktah baru ataupun barisan kata yang terkandung seribu makna. oleh kerana masa mendahului kita, keadaan jadi kelam kabut, lantaran diri terpaksa akur pada kehendak duniawi yang padaku hanyalah sekadar mainan di dunia, tetapi sekiranya niat ditetapkan pada sudut yang benar, i.allah akhirat sana tercatat segala-galanya.



sepantas mana pun valentino rossi, selaju mana pon roket Apollo x1966 memang ketinggalan jauh dengan kehebatan kelajuan masa. pejam celik, pejam celik, udah masuk cuti akhir sem 7.

Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan 2 posting (medicine & Surgery) selancar aliran air terjun yang menuruni bukit dan lurah di Sekayu, Terengganu.


banyak kenangan dan pengalaman yang dapat ditimba. kebanyakannya banyak kenangan manis daripada kenangan pahit. berhadapan dengan patient yang bermacam ragam, lecturer yang mahir dalam berbagi-bagai bidang membuatkan diri ini semakin seronok berada dalam medan ini. Sebenarnya banyak perkara yang hendak dikongsi disini, tetapi memandangkan masa tak mengizinkan, nampak gayanya ala kadar je la.

teringat time on call during surgical posting, saya dan hilmi berkunjung ke ward kenanga 14 di Hospital Temerloh. sebenarnya ward K.14 tu dikhaskan untuk medical punya kes. tetapi tujuan kami ke sana selain daripada mencari procedure adalah ingin menziarahi Dr.Nordin, tapi malangnya malam tu dia tak bertugas.


Setelah puas round the ward (not ward round), hampa dan keciwa..Log book still tak berisi, takde procedure yang dapat dilaksanakan. Then kami pon buat-buat sibuk kat kaunter nurse. tengah-tengah belek file, tiba-tiba..!!


Terdengar sayup-sayup jeritan suara yang datangnya dari hujung ward tersebut. kami saling memandang satu sama lain. Jam menunjukkan tepat pukul 11.58 malam. Mataku cuba mencuri pandang kearah datangnya bunyi suara itu, kelihatan ruang itu gelap gelita, tiada berpenghuni. kami cuba meleraikan kekusutan yang mula tersimpul padu dengan melontarkan soalan kepada akak nurse.

Setelah mendengar penjelasan daripada salah sorang akak nurse, kerisauan kami terubat. Patutlah akak-akak ni nampak selamba je, macam takde pape yang berlaku, mereka sudah biasa dengan keadaan itu.


Kami pun cuba menghampiri tempat kejadian. Ruang yang dikhaskan untuk pesakit yang mempunyai penyakit yang berjangkit agak gelap dan suram, kami sangkakan tiada penghuni di dalamnya.


"Jangan lupa pakai mask yer..", pekik akak nurse yang sedang sibuk menulis sesuatu di ruang kaunter. sebelum ni, saya hanya memakai mask time buat venepuncture kat macik dan pacik, reasonnya, bila gagal menyedut darah mereka, saya takkan segan silu untuk mengunjungi mereka lagi keesokkan hari nye, sebab mereka tak cam muka orang yang tak pandai cucuk tu.

suis lampu dibuka, tiba-tiba....


"doktor, sakiiiitttttt..!! matikan aku doktor, matikan aku,......sakiiiiiiiiiiitttt...!!
"Ya Allah...Allah,...Allah....Matikan aku ya Allah.."

saya seperti mayat yang kaku lesu, lidah kelu tak dapat berkata pape. "macam mana rasanya kesakitan yang ditanggung oleh abang ni," saya bermonolog sendirian.

"Dia memang macam ni, suka buat perangai", ibunya cuba menjelaskan keadaan sebenar.


"Abang, sabar yer, kuatkan semangat, jangan mudah berputus asa,."~Saya cuba
menenangkannya, tp tiba-tiba..


"Sakiiiiiiiiiiit", rintihan abang tu membuatkan aku tiba-tiba terasa sebak di dada..


Hilmi cuba mendekati ibunya yang sedang asek mengusap-usap anaknya untuk bertanyakan tentang anak dia.


Sebenarnya, Islam melarang kita daripada bercita-cita atau pun berkehendak untuk mati. Nabi SAW ada bersabda yang berbunyi:


"Jangan ada di kalangan anda yang bercita-cita hendak mati kerana sesuatu kemudharatan yang menimpanya. jika dia merasa perlu juga bercita-cita untuk mati, hendaklah mengucapkan: "Ya Allah ya tuhanku, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik bagiku"
(Muttafaq Alaihi)


kita sebagai orang beriman seharusnya mengelakkan daripada bercita-cita hendak mati dan sentiasa berlindung kepada Allah daripada mengeluarkan kata-kata tersebut. kita hendaklah menaruh setinggi-tinggi harapan pada Allah dalam setiap keadaan agar kita tidak dihina olehNYA kerana mengeluarkan perkataan sedemikian.


Dalam as-Sahihain juga daripada hadis riwayat Qais bin Abi Hazim katanya:

"Saya bertemu dengan Khabbab. Pada Masa itu perut beliau telah diselar dengan api sebanyak 7 kali. Saya mendengar beliau berkata: "Kalau tidaklah kerana saya mendengar Nabi SAW melarang kita daripada bercita-cita hendak mati, sudah tentu saya akan berdoa agar agar Allah mematikan saja saya"


Selain daripada itu, Muslim meriwayatkan di dalam sahihnya drpd hadis Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda"

"Janganlah hendaknya ada dikalangan anda yang bercita-cita hendak mati dan jangan juga berdoa agar dipercepatkan mati sebelum benar-benar kematian itu datang, kerana jika seseorang itu mati, terputuslah amalannya. sesungguhnya panjang umur yang diberikan kepada seseorang mukmin akan menjadi kebaikan kepadanya"

Islam membenarkan kita berkehendakkan kematian, iaitu berdoa dan bercita-cita untuk mendapat syahid.


Pengajarannya, walau betapa teruk penyakit yang menimpa kita, jangan sesekali mengeluarkan perkataan yang menunjukkan hasrat dan cita-cita untuk mati.

so kengkawan, kalau anda berhadapan dengan patient muslim macam tu, sekarang dah ada hujah untuk menasihati mereka agar tidak berbuat demikian.