Naluriku.......


Pandangan ku kabur,
Fikiran ku buntu,

Penilaian ku masih lagi tak menentu,


Tapi,


Hakikat hidup seorang hamba meyakinkanku untuk terus Melihat, Berfikir dan tegar Menilai.

Ketenangan yang begitu abstract,

Sukar untuk diterjemahkan melalui kata-kata,


Namun,

hati jualah menjadi saksi akan kesyadidan ketenangan ini.

Sukar untuk kita menagih Kerelaan,
Kerana ianya lahir dari hati yang mampu mendefinasikan erti Pengharapan,


Namun,


Kerelaan dan Pengharapan mampu melahirkan
hati yang dibasahi dengan embun-embun ketenangan.

Taqarrub ilallah......