Pedoman Hati ~_*




Dia maha mengetahui,
Kadang-kadang jari begitu gah menuding ke sana sini,
Tetapi mengapa batang tubuh sendiri tidak dimuhasabah,.?

Dia maha adil,
Mungkin hari ini kita ‘kehilangan’,
Yakinlah, esok lusa kita akan menyambut ‘kedatangan’,
Tetapi kenapa perlu adanya istilah ‘mengeluh’..?

Destinasi masih lagi samar,
Usaha tidak menentu,
Bayangan hati bersorak kesenangan,
Adakah adil dengan keadaan ini?

Kenapa diri masih buta?
Sudah lupa asal usulmu?
Kenapa perlu menggilai kemewahan dikala memerlukan?
Usah jadikan kemewahan sebagai panduan,
Tetapi jadikan kemewahan sebagai pedoman,….

Santai-santai, tp Best !!!

pertama2 sekali sy merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran krn masih boleh mengunakan jari utk menaip setiap huruf2 neh,..kita juga masih lagi dapat menghirup Oksigen yg segar & menghembuskan wasted CO2,.tp wlwpon wasted, ia amat berguna utk tumbuhan, bg meneruskan survival dorang,..Itulah sunnatullah,...

Dalam mencapai cita2 yg di harapkan berguna utk agama, kita x leh pisahkan antara SYARIATULLAH & SUNNATULLAH,..kisah perjuangan Sultan muhammad al-Fateh membuktikan bahawa gabungan yg mantap antara syariatullah & sunnatullah membuktikan janji nabi SAW ketika perang khandak kpd para sahabat adalah benar. Sultan Muhammad al-Fateh serta tentera berjaya menawan kota constantinople yg ketika itu kota yg di megah-megahkan oleh golongan yg kufur kpd allah..

Percubaan pertama yg disertai oleh sahabat nabi, Abu Ayyub al-Ansari gagal n permintaan terakhir beliau adalah jasad beliau mesti ditanam ditengah2 kota tersebut.beliau ingin mendengar bunyi2 tapak kaki kuda pejuang2 Islam kelak krn beliau yakin dgn janji nabi SAW. Percaya kpd sesuatu yg belom dilihat & berjuanglah utk melihat apa yg kita percaya tu. Abu Ayyub al-Ansari & pejuang islam yg lain yg turut serta dalam misi tersebut hanya gagah dari sudut Syariatullah, tp sebelum mereka menuju ke kota tersebut, mereka tidak mengkaji selok belok tempat tersebut seperti tdk mengkaji berapakah ketebalan kubu dorang,keluasan daratan yg merangkumi seluruh kota tersebut,..ini semua adalah ilmu yg mana bertepatan dgn Sunnatullah, yg perlu berjalan seiring dgn syariatullah.

Pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh, beliau telah diasuh sejak kecil lagi utk berjuang menegakkan syiar2, panji2 islam, beliau diangkat menjadi sultan ketika berumur 19 tahun(klw x silap sy,..). Agaknye kita masih kebudak-budakan ketika beruur 19 tahun kn3?. betapa berbezanya anak2muda zaman skrg dgn zaman lampau. beliau juga mendalami ilmu2 seperti fizik dan sebagainya. beliau turut mengkaji selok belok kawasan kota tersebut sebelum menghidupkan obor perang ke atas kota constantinople itu.


Akhirnya dgn keizinan Allah, tentera2 Islam yg dipimpin oleh Sultan Muhammad al-fateh berjaya menawan kota constantinople. Salah satu semangat juang mereka dapat dibuktikan dgn arahan drpd Sultan Muhammad al-Fateh utk menarik kapal-kapal mengikut laluan darat sejauh 3 km krn laluan masuk kt laut tu ditutup, dikunci, dirantai..sebelom waktu subuh, 70 kapal berjaya dibawa ke seberang yg lain,..kapal-kapal tu bkn kecik,besaaarrrrr,.....huhu

klw kita tgk pada zaman kita skrg ni, knp ISLAM masih x menang?mungkin salah satu sebab adalah para pemimpin hanya memberatkan syariatullah, tp mengambil enteng dgn sunnatullah...jadi, kita sebagai bakal pemimpin merangkap da'e perlulah mengambil ikitibar dari sejarah2 lepas & janganlah jemu utk menuntut ilmu,..setiap apa yg kita lakukan,kita kene salu relate dgn ISLAM. knp kita masuk U? knp kita susahkan diri nk belajar? aduh,tension nye blaja,..!! klw kita tahu apa tujuan kita menganut ISLAM (sapa yg x baca lg lagi buku Fathi Yakan tu,sila2kanlah baca yer,..sy pon x abes baca agi,.hee), persoalan2 tu xkn timbul n xkn mematahkan smgt juang kita...malah dapat mnjadi motivasi sekaligus memandu kita utk teros ke hadapan,......

Akhir kalam, jgn kita terlalu leka dgn studi sehingga mengabaikan tugas kita sebagai 'pendakwah'. Ingat, Dakwah itu nombor 1 tp study bkn nombor 2...
-syauki_ilaika-

APakah itu IstidraJ,.?

Apakah dia istidraj itu?




Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuila h bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." 



(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. 

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. 

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. 

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. 

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul ├ŽIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap.. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. 

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. 

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita.

Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. 

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj.. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. 

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. 

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. 

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.." 


Pengisian by Dr. Badrul Amin

Sekadar perkongsian pengisian kuliah maghrib yg disampaikan oleh Ustaz Dr. Badrul Amin pada 21/1/09 di Masjid Al-Azim.

Nowadays, ramai anak2 yg cemerlang dalam pelajaran, tp gagal dlm membentuk sahsiah dan akhlak yg baik. Walawpon mendapat straight As dlm exam, tp kelakuan dgn parents & masyarakat sekeliling amat mendukacitakn. Salah siapa???
Fahaman MELAYU yg da diamalkan sejak nenek moyang kita lg iaitu fahaman ‘Bangau O Bangau’. Jari telunjuk begitu ghairah memyalahkan orang lain, knp x salahkan batang tubuh sendiri?

Sebenarnya, sekolah pertama utk anak2 adalah bermula dari rumah mereka sendiri. Dr bagi analogi, apabila kite buat amalan baik dgn amalan jahat, yg dominan adalah amalan jahat. Katakana si fulan ni wat 10 amalan baik, tp tetiba die terbuat 1 je amalan jahat, apa respon masyarakat sekeliling? Amalan apa yg disebut2? Mestilah amalan jahat yg 1 tu. Tengok, betapa kuatnye kesan ‘nilai jahat’ tu dalam diri individual. Contoh lain, kalau berlakunya pergaduhan antara suami isteri, perkara apa yg diungkit2? Perkara baik ke? Mestialh perkara X baik. “Sampai ati abang, abang penyayang!!abang romantik!! Ada ke mcm ni?

Kawan2 sekelian,

Lihat, betapa kuatnye magnet ‘nilai jahat’ tu dalam mempengaruhi tingkah laku seseorang. Cuba kita lihat, nilai apa yg ada kt rumah kita? Bercampur aduk antara nilai baik dengan nilai jahat. Apa dia nilai baik? Solat jemaah, mengaji al-quran, membaca buku. Apa dia pulak nilai2 X baik? TV,ASTRO,VCD,PS2,,..lihat, nilai baik & nilai X baik yg dicampur aduk n absorbed dalam diri anak2, hasilnya? Hari2 parents paksa anak2 mengaji n mghafaz al-quran, tp anak2 expert berkaraoke, joget shuffle,..ada ke ibu bapa yg ajar ank2 berkaraoke? Mane ada,…idola kecil? Wallahua’lam…no wonder ank cemerlang dlm study, tp bile disuruh buat keje, bile d panggil, buat bodoh jer,..malah ada anak2 yg maki hamun parents. Akhlak apa ni???

Apabila anak2 ke sekolah, lagi la byk masalah,.. cikgu2 pada zaman parents kita dulu ada tugas tersendiri iaitu MENGAJAR & MENDIDIK. Ada beza ke mngajar n mendidik? ADER,….”Ali, yg ni x boleh d darab dgn 2, tp kene bahagikn dgn 2”...”Ali, X baik riak2 ni, ALLAH marah,syirik nanti”,.Ada beza x? tapi zaman sekarang, tugas cikgu hanya mengajar, xder lg mendidik,..budak cemerlang dlm exam,tp perangai?? Perkara yg menyedihkan yg berlaku dlm Negara kite, rekod pljr cemerlang kt mesia ni masih d pegang oleh Nur Amalina. Tp tahukah kite,Fatimah kt kota bharu dpt 18 As, student kt sekolah agama kt Yan,Kedah dapat 20 As, higher than amalina tu,tp knp dorang ni X diiktiraf? Sbb subjek2 agama are not counted…sedih kn? Padahal modul subjek agama d buat oleh kementerian yg sama,….


So, sama2 kite muhasabah diri, adakah kita nk ank2 kita bagus otak, tp akhlak hancur,.nk ke?? Sama2 kite mendidik ank2 kita agar apabila mereka lihat dunia ni, mereka akn terbayangkn kehidupan d akhirat kelak. Sama2 kita berdoa agar d kurniakan suami, isteri dan anak2 soleh dan solehah,..3 perkara yg akan d bawa ke akhirat kelak,.amal jariah,ilmu yg bermanfaat dan anak2 soleh. Bila kita nazak nati, kita nk anak2 bace kt kita al-quran o buku sains? Fikir2 kan,…..

Kegersangan si jari jemari,..

Assalamualaikum,,
Cubaan satu,..dua,..satu,..dua,..(nampaknye jari jemariku masih boleh menari riang melayani rentak susunan abjad-abjad,..
Salam ukhwah utk bLogGers sekalian,..
Umpama si bayi yg masih putih dari sebarang coretan,..begitulah aku diumpamakan, yg mentah dalam dunia 'MAYA', memerlukan tongkat utk berjalan lebih lurus,..