Ragam Hidup




"Papa, i should have my own car laa, senang sikit nak ke serata malaysia ni,
nak harapkan Pak Mat tu??? huuuhhh...!!
tua kerepot yang tak sedar diri..!!!"

"alright, we'll talk about it later...i've meeting with Tan Sri Hamid. Ask Pak Mat to see me this afternoon....!!
ishh....nak kene pecat orang tua neh..!!"

"yeaayyy..!!!..Mini cooper k....pink..!!!
love you papa..!!!







"waaahhh, besar nye cacing ni along, mesti ibu happy...yeaaay..!!"

"Alhamdulillah....rezki kite ari ni angah...boleh la kite makan lebih sikit ari ni..."

"aah...semalam punye angah dapat sikit jek....tak kenyang pon..!!

"Angah..tak baik cakap macam tu taw...kite kene bersyukur dengan apa yang ade..
lagi satu along nak pesan, jangan amek bahagian ibu taw...ibu kene makan banyak sebab dalam perut ibu ada baby taw...angah nak baby tu lapar ke?"

"taknak....angah nak baby tu sehat macam angah, macam along macam ibu...angah taknak baby jadi macam ayah,..ayah salu sakit sakit...
tapi orang tu jahat...!! dorang tak patot simpan ayah bawah tanah...T_T"




Pertama Kali....


Anak kecil yang gigih berusaha untuk menghayunkan buaian,


Alasan kali pertama menaiki buaian tidak sedikit pun memberi impak negatif kepadanya,


"geraklah wahai buaian...!!!!!" menjerit-jerit di benak fikirannya,


Dengan kaki yang 'segan' untuk mencapai bumi,


Tetapi semangat yang tegar untuk mengerakkan buaian lebih tinggi daripada sang helang di awanan,


"geraklah wahai buaian...!!!!"

Jeritan yang memanah tepat mengena otot-ototnya untuk mengiyakan hasrat nalurinya untuk berayun di dalam buaian,

"Geraklah wahai buaian.....!!!!"


Begitu sukar baginya untuk 'memaksa' ianya berayun....


akhirnya........





"mamaaaaaaaaaaaaaaaaa.......!!!!"




"Papaaaaaaaaaaaa.......!!!!"



aku? *sigh*






~putrajaya --> Mentakab~Pengalaman Berukhwah~


Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Kerana Diizinkan oleh NYA untuk terus mengukirkan baris baris kata.


Sekian lama ianya bersawang dan usang. Umpama sebuah pondok separuh abad yang terceruk dihujung nan bumi, menunggu detik untuk rebah ke bumi. semoga blog ini tidak senasib dengan pondok itu.


Pepatah pujangga ade menyebut, " anda tidak boleh mencipta pengalaman, anda mesti menghadapinya". Pelik bunyinye kalaw seseorang itu mengaku mempunyai pengalaman memandu, tetapi selama hidupnya tidak pernah tahu dimana letaknye pedal minyak, macam mana bentuk stereng dan sebagainya.


Apa sahaja perkara yang kita lalui, disampingnya akan ada 'PENGALAMAN'. Pengalaman itu berbagai-bagai. Sesetengah manusia mengklasifikasikan pengalaman itu kepada manis atau pun pahit. Dan hampir semua di kalangan kita dambakan pengalaman-pengalaman manis belaka, betol tak?


saya yakin semua sedia maklum bahawa kehidupan kite ni dipenuhi dengan seribu macam kemanisan, tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan. Tetapi hakikatnye, jiwa2 hari ini lebih bahagia dengan kemanisan dalam minuman dan juga makanan, akhirnya dapat merasai pengalaman berpenyakit..Mintak disisihkan jauh2 yer....


Pengalaman berukhwah. Itu lah yang bisa aku simpulkan untuk entry kali ini. Tanggal 3 dan 4 disember tidak mungkin akan dilupakan buat selamanya.


Kalaw ingatkan balik, akan terukir senyuman di bibir..Memang...dah lame tak merasai suasana sedemikian. berkumpul ramai ramai dalam satu rumah, dapat berjupe dengan sahabat2 yang sebelum ini sering ditewaskan oleh kekangan masa untuk berjupe. Kesyahduan malam diisi dengan alunan surah al-Mulk beramai-ramai, ya Allah..teringat zamanku ketika bertamrin...rindunye..!!


Suasana tidur beramai ramai di satu lantai yang sama, bantal yang sama, selimut yang sama, niat yang sama untuk bangun mencari keredhaan Allah di malam hari.. Ya Allah, Engkau temukanlah aku kembali dengan detik detik itu... T_T


Waktu pagi yang hening diserikan lagi dengan aktiviti memanjat bukit (memanjat ke?)..


Kagum dengan si bapa yang bermandi dengan keringat mendukung anak untuk sama sama merasai keindahan pagi, sahabat2 yang agak berisi (he he he ) berhempas pulas memaksa diri untuk terus sampai ke penghujung. Kesanggupan ini semua tidak lain tidak bukan di dorong oleh roh ukhwah itu sendiri. Rumah akhi Usthman di Putrajaya menjadi saksi betapa utuhnya ukhwah kami kerana NYA.



Aktiviti itu diakhiri dengan bacaan al-mathurat dan sedikit pengisian mengenai hadis yang ke-13 (memang kene dengan tema).



Tetapi sedih.......




tak sempat untuk merasai roti2 yang lazat disediakan oleh muslimin2 sejati...he he he...Terpaksa pulang awal untuk melunaskan janji adik akmal, untuk menemaninya ke mentakab, menghadiri walimah abangya.



Terasa bersalah yang menggunung..pertama, bersalah kerana terpaksa meninggalkan sahabat2 di Putrajaya, kedua, tak dapat melestarikan kehendak adik akmal dan kakaknye untuk menyaksikan upacara akad nikah abang mereka.



Kereta kancil naqib agung ku pecut semahunya, dalam masa yang sama, sms diterima bertalu-talu. Mungkin adik akmal sudah kebosanan menungguku di rumah dan aku yakin dia pon mesti di 'pukul' seenak-enaknye oleh kakaknya yang 'sabar' menunggu di sana.




"abang pakai baju melayu purple yer, sebab warne tema famili ana tu",.




Alhamdulillah, teringat baju melayu aku yang dijemur pada pintu lokerku di rumah....naseb baik dah di basuh.fuhhh.....




Sampai sahaja di rumah, kelibat akmal bersama kereta iswara hijau kelihatan. dengan senyuman yang dilemparkan oleh akmal, sedikit sebanyak melegakan hatiku yang penuh rasa bersalah ini. waktu berangkat yang dirancang adalah sebelum pukul 8am. ketibaan aku di rumah sewaku tepat jam 9.30am. adakah ianya dimaafkan? T_T




Aku terus mengenakan seluar, mencapai baju melayuku, mengutip butang baju melayu yang bersepah di atas meja dan terus melulu masuk ke dalam iswara hijau itu. Alhamdulillah, gear automatik..sekurang kurangye dapat mengurangkan beban aku di kala menghadapi jalan yang penuh sesak nanti.



Lokasi pertama kami adalah kediaman pelajar perubatan UPM. siyesly, aku tataw dimanakah. Cuma aku dikhabarkan, ianya berdekatan dengan HKL. Alhamdulillah, jalan menuju ke HKL di pagi Sabtu tidak mengecewakan aku. Hampir 15minit berlegar-legar mencari hostel kakaknye,..Waaah, dalam keadaan tergesa gesa mengejar masa, tersesat la pulak...



Abang mereka dijangkakan melafazkan akad nikah pada pukul 10am, kami bertolak dari Hostel UPM tepat jam 10.25am.......aku akur kalau nak dimarahi ke pape,...T_T



Dengan kelajuan 120 km/h, aku memecut si iswara hijau itu dengan harapan dapat sampai ke Taman Saga, Mentakab sebelum jam 12pm.



sepanjang perjalanan, banyak yang dapat dibincangkan dengan akmal. adik mad'u yang berfikiran matang, kadang kadang diri terasa tewas untuk berhadapan dengan soalan soalan yang diajukan. Tetapi hikmat kembara ke mentakab membuatkan aku lebih mengenali dengan akmal.



Alhamdulillah,
kami sampai ke Taman Saga, Mentakab tepat jam 12.15pm.



Kelihatan daripada jauh "lautan purple"...itu semestinya ahli keluarga akmal..!!



aku mungkin tidak berasa kekok kerana terasa sebahagian drpd mereka dek kerana baju melayu purple yang aku kenekan.he he he



Part yang best nye, aku di layan umpama sebahagian daripada keluarga pengantin lelaki.he he he... dapat jugak merasa hidangan pengantin yang sangat2 lazat tu...



dalam masa yang sama, dapat mengenali dan bersilaturahim dengan ahli keluarga Akmal terutamanya mak dan ayahnye. Banyak kata kata nasihat yang dikongsikan oleh En.Saberi (si ayah), mak nye yang sangat sangat peramah membuatkan aku tak segan silu untuk menbantai lauk pauk yang lazat di depan mata.



Sebuah famili yang sederhana, tetapi kaya dengan budi pekerti.



Kami bertolak pulang dari Homestay (homestay tu sangat2 selesa dan betul2 berdekatan dgn hsotel aku kat temerloh, mcm tak percaye jek ade homestay kat situ..he he he) tepat jam 3pm.



Alhamdulillah, seharianku dipenuhi dengan pengalaman yang tak mungkin akan dilupakan. Terima kasih sahabat sahabat kerana membenarkan Pengalaman Berukhwah ini bersama sama denganku...


Jazakumullah khairan jazak


Rasulullah (saw) bersabda : Kebaikan yang paling cepat memperoleh ganjaran pahala ialah kebajikan dan silaturahim. Dan kejahatan yang paling cepat mendapat hukuman ialah kezaliman dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
(Hadith Riyawat Ibnu Majah)













Balik Kampung Oii...!!



Bila je ramadhan menjelma,


Anak anak di perantauan mula resah...


Resah, kenapa yer?


Resah sebab tak sanggup nak puasa ke?
~alasan ni memang melampau, nak kene luku sape yang ade rase ceni..!


Resah sebab takut tak bangun sahur?


Atau resah sebab memikirkan bajet untuk baju raya?


sebenarnya, mereka berasa resah kerana




Resah kerana takut tak sempat beli tiket bas !!


Erm, setiap tahun, bila je ramadhan bermula,


typical question yang salu orang tanye;


"Bas ***** dah jual tiket ke?"

"hang dah beli tiket belom?, hang lambat sat gi rayaa kat kampus laa"

"demo tolong ejah tiket kawe so, nak kelik bachok deh.."


Huh.........


Situasi yang kat atas ni bukan berlaku kat semua anak2 di perantauan,



ada je yang jenis tak kesah..



contohnye?



macam aku ni haa.....haha








Dekat dekat nak rayer baru kalut nak cari tiket...


kalau naseb baik, ade lah tiket tu...


kalau naseb kurang baik?





Menangis tak berlagu la jawab nye...

kene la rayer kat hostel...hahaha



Tunggu dulu......




Jangan bersedih....




sekarang kan everyone can fly





Huh..........


kalau aku naik menda alah ni untuk balik kampung,

alamaknye.....



Kering laa poket...hahahaha...


abes tu,


kalau tiket bas pon dah abes,...


harga tiket kapal terebang pon mahal semacam je...


macam mana nak balik....


kalau balik dengan...





sampai je kat ganu...


alamaknye jadi macam ni laaa....







erm....


akhirnya....




Tuan myvi putih menjemput aku untuk balik bersamanya...hehe



Alhamdulillah ...



terima kaseh kepada tuan myvi putih (ahmad firdaus fuzai) ....


Jangan sampai kesibukan balik kampung melalaikan kita untuk merebut
peluang yang Allah janjikan di sepuluh malam terakhir yer...(peringatan khas buat diri sendiri yang salu leka)


Dari Aisyah ra., Rasulullah saw. bersabda, "Engkau carilah malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil dari 10 malam pada akhir bulan Ramadhan". (Bukhari - Misykat)


Dari Ubadah bin Shamit ra., ia bertanya kepada Rasulullah saw. tentang Lailatul Qadar. Beliau bersabda, "(Malam lailatul Qadar) terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. yaitu pada malam-malam ganjil; malam ke-21, 23, 25, 27, 29, atau pada malam terakhir bulan Ramadhan. Barang siapa menghidupkan malam Lailatu Qadar karena iman dan mengharap pahala, maka dosa-dosanya yang terdahulu akan
diampuni. Diantara tanda-tandanya ialah suasana malam itu akan sunyi, bersih, tenang, cerah, tidak panas tidak dingin, seperti diteduhi oleh cahaya bulan, tidak dibolehkan bintang-bintang dilemparkan ke syetan pada malam itu sampai pagi hari. dan termasuk tanda-tandanya ialah matahari terbit pada pagi hari itu tanpa terasa panas cahayanya, seperti bulan purnama. Pada saat itu, Allah melarang syetan-syetan muncul bersamanya." (Ahmad, Baihaqi - Durrul Mantsur).


~Taqabbalallahu Minna Wa Minkum~




USTAZ AZHAR - PUASA MELAYU [PART 1]



Assalamualaikum,..

Sekadar perkongsian Kuliah Ustaz Azhar Idrus mengenai Puasa di bulan Ramadhan. Semoga Ianya bermanfaat kepada kita semua dalam menghadapi ramdhan tak lama lagi..=)


~~RaMadHaN KaReEm~~



Ustaz Azhar Idrus~kepada mana2 yang berkenaan



Ustaz Azhar Idrus~Kahwin cepat-cepat



"Mereka" Melengkapi Antara Satu Sama Lain






sang suami,

wanita itu adalah ciptaan Allah yang sangat indah.

mereka dicipta drpd lengkungan rusuk kiri kamu,

bkn dekat kepala utk dijunjung,

bkn dekat bahu utk membebani,

bkn dekat lengan utk dijulangi,

bkn dekat jari utk disakiti,

bkn dekat pinggul utk dihenyaki,

bkn dkt lutut utk ditindihi

TETAPI

dekat pelusuk ati utk dimulia, disayangi dan dicintai.


Tiadalah hadiah yang lebih berharga utk mereka selain menjadikan mereka wanita syurga.




wahai sang isteri,

andai lelaki itu burung yg terbang,

jgn lah kamu sekadar menjadi angin lembut yg bersisiran disepanjang perjalanannya,

tetapi jadilah bunga yang menghias sayapnya.

Terus bersama samanya,

terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka,

sehingga jalannya yang paling hujung,

sehingga kamu tua, rapuh dan mati....





~syauki ilaika~
















"iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat ALLAH, Ingatlah, dengan mengingat ALLAH, hati menjadi tenang" (Ar-Ra'd:28)





-_-

Sebab tu kene tepat




Kita sering ditanya,

mengapa memilih kerjaya sebagai doktor?

Daripada bangku sekolah lagi,

apabila cikgu bertanyakan soal cita-cita,

jawapan aku hanyalah doktor.


aku sendiri tidak pasti kenapa mindaku begitu tegar

melontarkan idea itu,


TETAPI


sekarang aku mengerti,

mana mana yang bercita cita untuk menjadi doktor,

semata mata untuk merawat emak ayah,

sebenarnya, selalunya bukan kita orang yang pertama

merawat mereka,

bahkan dari aspek 'professionalism',

kita tak sepatutnya berada dalam OT untuk melakukan prosedur

keatas mereka.


memilih kerjaya doktor untuk merawat isteri dan anak-anak?

mereka sendiri perlu belajar untuk berdikari kerana masa si bapa banyak

tertumpu di hospital.

mereka lagi terseksa sebenarnya.


JADI,


kenapa kita nak jadi doktor?

ianya bergantung kepada individual,

tetapi 'sebabnya mesti la tepat', selaras dengan apa yang ISLAM anjurkan



FT~semoga anak-anakku tidak terabai kelak

saat lafaz sakinah ~ zunnajah

sAaT LaFaZ SaKinAh



Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya


Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East