Pertama Kali....


Anak kecil yang gigih berusaha untuk menghayunkan buaian,


Alasan kali pertama menaiki buaian tidak sedikit pun memberi impak negatif kepadanya,


"geraklah wahai buaian...!!!!!" menjerit-jerit di benak fikirannya,


Dengan kaki yang 'segan' untuk mencapai bumi,


Tetapi semangat yang tegar untuk mengerakkan buaian lebih tinggi daripada sang helang di awanan,


"geraklah wahai buaian...!!!!"

Jeritan yang memanah tepat mengena otot-ototnya untuk mengiyakan hasrat nalurinya untuk berayun di dalam buaian,

"Geraklah wahai buaian.....!!!!"


Begitu sukar baginya untuk 'memaksa' ianya berayun....


akhirnya........





"mamaaaaaaaaaaaaaaaaa.......!!!!"




"Papaaaaaaaaaaaa.......!!!!"



aku? *sigh*






2 comments:

  1. hmmm ada crita ke d sebalik crita? ke ni da memng ceritanya?hahaa

    ReplyDelete