Sebab tu kene tepat




Kita sering ditanya,

mengapa memilih kerjaya sebagai doktor?

Daripada bangku sekolah lagi,

apabila cikgu bertanyakan soal cita-cita,

jawapan aku hanyalah doktor.


aku sendiri tidak pasti kenapa mindaku begitu tegar

melontarkan idea itu,


TETAPI


sekarang aku mengerti,

mana mana yang bercita cita untuk menjadi doktor,

semata mata untuk merawat emak ayah,

sebenarnya, selalunya bukan kita orang yang pertama

merawat mereka,

bahkan dari aspek 'professionalism',

kita tak sepatutnya berada dalam OT untuk melakukan prosedur

keatas mereka.


memilih kerjaya doktor untuk merawat isteri dan anak-anak?

mereka sendiri perlu belajar untuk berdikari kerana masa si bapa banyak

tertumpu di hospital.

mereka lagi terseksa sebenarnya.


JADI,


kenapa kita nak jadi doktor?

ianya bergantung kepada individual,

tetapi 'sebabnya mesti la tepat', selaras dengan apa yang ISLAM anjurkan



FT~semoga anak-anakku tidak terabai kelak

saat lafaz sakinah ~ zunnajah

sAaT LaFaZ SaKinAh



Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya


Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu



Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East




S.K.E.L.E.T.O.N







its all about the skeleton


i need a booster


to wake me up


from my dream world


-_-


foot note:

# the exam is just around the corner, but i glued myself to the mamak at the corner,..uhhhh....








Harapan Pada Mu Subur Kembali



(Ya allah, begitu besar pintu keampunan Mu kepadaku, Alhamdulillah)


Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila Kenangkan Qahar-Mu
Rasa Gerun Di Hatiku
Kerana Takutkan Seksa-Mu

Hamba-Mu Rasa BerPptus Asa
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa Yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika

Tika Mengenang Ghafar-Mu
Putus Asa Tiada Lagi
Semangatku Pulih Kembali
Harapanku Subur Kembali

Ujian Menimpa Menekan Di Jiwa
Tak Sanggup Meneruskan Perjuanganku
Mehnah-Mu itu Penghapus Dosaku
Mengganti Hukuman-Mu Di Akhirat

Di Waktu Mengenang Rahmat-Mu
Terasa Diri Kurang Bersyukur
Pada-Mu Harusku Memohon
Moga Syukurku Bertambah

Alangkah Susahnya
Mendidik Nafsuku
Yang Tidak Dapat Melihat Kebenaran-Mu
Bantulah Hamba-Mu
Dalam Mendidik Jiwaku Ini

(Nazri Johani dalam album Nasyid Nostalgia Memori (The Zikr)


KeHendaK dan KesabaRan


Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah....


Tiada pape yang berlaku,
walaupun hampir separuh wajah motosikal usangku 'cacat' akibat ciuman yang tak diundang.

syukurlah badan anugerah Ilahi ni tidak tercalar walaupun dikit.

erm, ujian kali ini mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan.


Benarlah kata pujangga 'veteran',
wang yang kita simpan untuk tujuan tertentu, belom tentu ianya dapat digunakan untuk men'usaikan hasrat itu,
kuasa Allah, tiada siapa yang tahu.


Mungkin inilah 'balasan' buat aku....Aku redha




Sekarang ni,
dalam kepala aku memang duk pikiq pasal satu buku ni. dah lama dah duk ngidam nak baca..


semoga harapan aku untuk memiliki buku "NOTA HATI SEORANG LELAKI" tercapai. huhu..
Tertarik dengan beberapa rangkap kata drpd penerbit buku tersebut:


"Ujian hidup adalah satu didikan langsung daripada Tuhan, insya-Allah, kita akan dapat kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi hidup ini. Talian hayat kita akan sentiasa “tersambung” dengan Tuhan. Percayalah, Allah mendidik kita melalui kesusahan, kesenangan, pujian mahupun cercaan."

"Bila bertemu kesusahan, Allah mendidik kita tentang sabar. Bila bertamu kesenangan, Allah mengajar kita erti kesyukuran. Bila si miskin datang, itu peluang untuk mengamalkan sifat pemurah. Tetapi bila si kaya menjengah, jangan pula terjejas sifat qanaah. Ingat, Tuhan mendidik kita pada setiap masa, peristiwa dan manusia."


"Hadapilah ujian hidup dengan mencari maksud di sebalik takdir-takdir Allah itu. Dengarlah suara tarbiah dan dakwah yang berbisik setiap kali kita diuji. Kebaikan dan keburukan hanya ada pada penilaian insan, tetapi di sisi Allah apa yang ditakdirkan-Nya pasti satu kebaikan. Carilah kebaikan itu"


"Jangan mengeluh, kenapa anda tidak berjaya seperti insan-insan lain. Jika kita terus mengeluh, kaki kita akan melekat selamanya di anak tangga ujian itu. Kita tidak akan meningkat lebih tinggi. Terimalah dengan pasrah, tetapi jangan sekali-kali mengalah. Hati tunduk akur berteman sabar namun akal ligat berputar mencari jalan keluar!"

(http://genta-rasa.com/2009/04/08/prakata-buku-nota-hati-seorang-lelaki/)





DuGaaN, MungKin?



Dugaan mungkin?


Entahlah, sejak dua tiga hari ni, terasa dah lari daripada 'tune' yang sebenar.


Diri ingin bersendirian,


menyebabkan mata ini cuba untuk mencari ruang dimana hanya dinding disekeliling yang menemani.



Maaf dipinta buat sahabat-sahabat yang mungkin terguris dengan sikap aku neh.


Tetapi,


berilah aku ruang untuk 'mencari' diri aku yang sebenar.



jika sebelum ini, suka untuk aku berlumba dengan kalian untuk sama-sama menyentuh garisan hadapan,


tetapi sekarang,


aku lebih cenderung mengecilkan diri sekecil kecilnya.


sampai bila kau harus macam ni riduan?


sudah lupakah engkau dengan matlamat sebenar sebelum menjejakkan kaki ke medan ini????



sudahlah...bangkit lah...!!










syauki ilaika~titisan hati (1:57:04, 3/7/10)