Sebab tu kene tepat




Kita sering ditanya,

mengapa memilih kerjaya sebagai doktor?

Daripada bangku sekolah lagi,

apabila cikgu bertanyakan soal cita-cita,

jawapan aku hanyalah doktor.


aku sendiri tidak pasti kenapa mindaku begitu tegar

melontarkan idea itu,


TETAPI


sekarang aku mengerti,

mana mana yang bercita cita untuk menjadi doktor,

semata mata untuk merawat emak ayah,

sebenarnya, selalunya bukan kita orang yang pertama

merawat mereka,

bahkan dari aspek 'professionalism',

kita tak sepatutnya berada dalam OT untuk melakukan prosedur

keatas mereka.


memilih kerjaya doktor untuk merawat isteri dan anak-anak?

mereka sendiri perlu belajar untuk berdikari kerana masa si bapa banyak

tertumpu di hospital.

mereka lagi terseksa sebenarnya.


JADI,


kenapa kita nak jadi doktor?

ianya bergantung kepada individual,

tetapi 'sebabnya mesti la tepat', selaras dengan apa yang ISLAM anjurkan



FT~semoga anak-anakku tidak terabai kelak

No comments:

Post a Comment