Santai-santai, tp Best !!!

pertama2 sekali sy merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran krn masih boleh mengunakan jari utk menaip setiap huruf2 neh,..kita juga masih lagi dapat menghirup Oksigen yg segar & menghembuskan wasted CO2,.tp wlwpon wasted, ia amat berguna utk tumbuhan, bg meneruskan survival dorang,..Itulah sunnatullah,...

Dalam mencapai cita2 yg di harapkan berguna utk agama, kita x leh pisahkan antara SYARIATULLAH & SUNNATULLAH,..kisah perjuangan Sultan muhammad al-Fateh membuktikan bahawa gabungan yg mantap antara syariatullah & sunnatullah membuktikan janji nabi SAW ketika perang khandak kpd para sahabat adalah benar. Sultan Muhammad al-Fateh serta tentera berjaya menawan kota constantinople yg ketika itu kota yg di megah-megahkan oleh golongan yg kufur kpd allah..

Percubaan pertama yg disertai oleh sahabat nabi, Abu Ayyub al-Ansari gagal n permintaan terakhir beliau adalah jasad beliau mesti ditanam ditengah2 kota tersebut.beliau ingin mendengar bunyi2 tapak kaki kuda pejuang2 Islam kelak krn beliau yakin dgn janji nabi SAW. Percaya kpd sesuatu yg belom dilihat & berjuanglah utk melihat apa yg kita percaya tu. Abu Ayyub al-Ansari & pejuang islam yg lain yg turut serta dalam misi tersebut hanya gagah dari sudut Syariatullah, tp sebelum mereka menuju ke kota tersebut, mereka tidak mengkaji selok belok tempat tersebut seperti tdk mengkaji berapakah ketebalan kubu dorang,keluasan daratan yg merangkumi seluruh kota tersebut,..ini semua adalah ilmu yg mana bertepatan dgn Sunnatullah, yg perlu berjalan seiring dgn syariatullah.

Pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh, beliau telah diasuh sejak kecil lagi utk berjuang menegakkan syiar2, panji2 islam, beliau diangkat menjadi sultan ketika berumur 19 tahun(klw x silap sy,..). Agaknye kita masih kebudak-budakan ketika beruur 19 tahun kn3?. betapa berbezanya anak2muda zaman skrg dgn zaman lampau. beliau juga mendalami ilmu2 seperti fizik dan sebagainya. beliau turut mengkaji selok belok kawasan kota tersebut sebelum menghidupkan obor perang ke atas kota constantinople itu.


Akhirnya dgn keizinan Allah, tentera2 Islam yg dipimpin oleh Sultan Muhammad al-fateh berjaya menawan kota constantinople. Salah satu semangat juang mereka dapat dibuktikan dgn arahan drpd Sultan Muhammad al-Fateh utk menarik kapal-kapal mengikut laluan darat sejauh 3 km krn laluan masuk kt laut tu ditutup, dikunci, dirantai..sebelom waktu subuh, 70 kapal berjaya dibawa ke seberang yg lain,..kapal-kapal tu bkn kecik,besaaarrrrr,.....huhu

klw kita tgk pada zaman kita skrg ni, knp ISLAM masih x menang?mungkin salah satu sebab adalah para pemimpin hanya memberatkan syariatullah, tp mengambil enteng dgn sunnatullah...jadi, kita sebagai bakal pemimpin merangkap da'e perlulah mengambil ikitibar dari sejarah2 lepas & janganlah jemu utk menuntut ilmu,..setiap apa yg kita lakukan,kita kene salu relate dgn ISLAM. knp kita masuk U? knp kita susahkan diri nk belajar? aduh,tension nye blaja,..!! klw kita tahu apa tujuan kita menganut ISLAM (sapa yg x baca lg lagi buku Fathi Yakan tu,sila2kanlah baca yer,..sy pon x abes baca agi,.hee), persoalan2 tu xkn timbul n xkn mematahkan smgt juang kita...malah dapat mnjadi motivasi sekaligus memandu kita utk teros ke hadapan,......

Akhir kalam, jgn kita terlalu leka dgn studi sehingga mengabaikan tugas kita sebagai 'pendakwah'. Ingat, Dakwah itu nombor 1 tp study bkn nombor 2...
-syauki_ilaika-

1 comment: