Di satu sudut, aku meminggirkan diri untuk mencari kelemahan diri. Apa yang orang lain ada tapi aku tiada? jalan muhasabah diri yang Islam anjurkan cuba ku praktiskan, namun ku masih melihat diri ini seperti satu subjek, subjek yang mana tempat untuk orang lain mengukir kata-kata yang diukur dari sudut penilaian yang tidak adil.


Amatlah rendah diri ini apabila mudah untuk diguriskan, tetapi memang hakikat kita patut merendahkan diri, merasakan betapa hinanya kita di hadapan Rabb. Dan Islam juga menganjurkan kita untuk bersifat tawadhuk, jauhi nifak, riak dan segala sifat-sifat mazmummah yang lain.



aku cintakan kesederhanaan, aku rindukan kedamaian, aku dambakan sahabat-sahabat yang jahil dalam erti ukhwah, tetapi arif dalam menterjemahkan nilai seorang sahabat, amatlah ku harapkan moga tidak dipertemukan dengan insan yang melaungkan 'keharmonian ukhwah', tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya.


Diri ini tidaklah sempurna untuk memiliki yang sempurna, tetapi keyakinanku tetap menegaskan bahawa DIA sahajalah yang Maha Sempurna. Tetapi masih ada jiwa-jiwa yang mempersoalkan ciptaan, takdir dan kehendak DIA. Layakkah kita untuk melabelkan seseorang dengan sesuatu gelaran?
"Sesungguhnya hak menghukum dan memerintah itu hanya milik ALLAH" (al-an'am:57)

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Whatever we do in this world, we need courage. Whatever course you decide upon, there is always someone to tell you you are wrong...life is always a life. So bare with it, yet fight for it!

    ReplyDelete
  3. sabar yer...

    ReplyDelete