"sinsingkan lengan baju" nasyidku,..

breep...breep..."Duang, lambat lagi ke nak balik? ktorang dah ngantuk ni, ingat nak training nasyid kejap, pesan kat gek dan Lemi sekali yer, suh dorang blk awl ckit.."


buku ditutup, pen diselitkan pada poket baju, (hati ku berbisik, 'malam masih muda la jey')...'


'macik, sy mintak maaf bebanyak, terpaksa mintak diri, i.allah esok sy datang balik',
'jangan risau, macik tak ke mane-mane, datang je, tak kene bayar tol pon', balas macik tu dengan ketawa riang, terserlah wajah comelnye tanpa gigi palsu.


Bait-bait indah seakan pujukan si anak menginginkan simpati dari seorang bapa,.mesej pujey yang baru je hinggap pada tepon usangku ini mengingatkan aku tentang pertandingan nasyid anjuran JAKSA yang katanya bersempena kemerdekaan (sape punye idea neh,.huh.)


Hujan renyai-renyai (belom pon nyanyi, dah hujan..mesti ribut petir lepas neh..). terpaksa aku speed wmk (kapcaiku) laju-laju,.(ada jugak terfikir nak je hantar motor ni ke bengkel Wong, pasang bumbung.Hek..hek..hek,,biar ku layan anginku sendiri sebelum dimain angin oleh org lain..oup!!.)


"sinsingkan lengan baju, panjatkan asa, ukirlah hari esok, pertiwi jaya, bergandingan tangan, tuk meraih redha ALLAH"


'boleh tahan jugak lagu ni', lemi memberikan kata2 peransang padaku,..


'aaahh…kenapa lagu ni?kenapa bukan lagu inteam ke, raihan ke, lagu budak indon jugak dipilihnye',hatiku memberontak..


Bila dah berulang kali duk sinsingkan lengan baju, terpikat pulak aku dgn lagu tu,.kami ada matlamat utk dicapai pada latihan malam tu. pertama, nak lancarkan lagu dan lirik, yang paling penting, matlamat ktorang adalah untuk trace suara2 sumbang muram..


aku, gek, lemi, pujey dan yunus sama-sama bertungkus lumus mengawal sore2, iye laa, klw tak, kantoi la sbg 'penyumbang lagu'..tapi sejurus selepas itu, mata kami saling memandang ke arah dia. siapa dia tu?
tak leh btw, aib.......hoho
mungkin muslimat kat umah sebelah tahu kot,..=p


Yang tak syoknye, tiba2 nak ubah lagu,.anak tekak ni da nk check out da duk jerit2..tapi hatiku tetap yakin bahawa 'sinsingkan lengan baju' pasti akan berkumandang dalam bangunan FPSK nanti,..(aku mengelamun sambil mataku tepat memanah pada syiling bilik,.ready nk tido,.ngeh2)


Lebih kurang jam 6 petang (jumaat) aku sampai ke pandan indah. Dengan penambahan ahli (kamal, jepah, ayie), harapan yang tinggi suara2 yang sumbang sebelum ni dapat di buffer kn,.


Malam tu kami semua seperti petani-petani yang gigih melelong sayur-sayuran di pasar tani,.letih la kononnya,..Oo,mungkin letih disebabkan kusyuk berterawih kot.,.uhh,,Alhamdulillah,.cerah masa depan !!


So, malam tu takde la training nasyid, padahal esoknya dah nak berentap. Malam tu jugak aku lunaskan timbunan rinduku pada Bistro tercinta, tapi terpaksa balik awal kerana risaukan nasyid tu,.huu


"Ayie, guane dengan nasyid kite besok, kawe tok sey kito jadi badut keriangan di pentas esok, kito nok jago maruah batch ko, maruah kito?", keluhku kepada Ayie,..


"Wang, Generasi Baru sedak jugok, mugo dio ado sebut pasal kemerdekaan, dok pon lagu Hakikat hok biaso kito berduet tu..ke lagu Iktiraf?", soal Ayie padaku, diskusi hambar di dalam bilik yang gelap.


"Cinta..Kepada Allah, Cinta Rasul, Cinta Ibu Bapa, Cinta....kepada ummah, cinta kepada kecemerlangan.."


"Hok ni kito wat intro,..", Ayie melemparkan cadangan yang bagiku amatlah molek sekali, terus terdetik dalam hatiku, "barulah macam Dehearty, confirm menangis la juri awam nanti,.tunggu yer en.sanizan (aku mengelamun seketika)


Latihan sebenar kami bermula, lagi 5 jam kami akan dipanggil ke pentas,.Lagu belom confirm lagi, hafalan lirik lagi la belom, susunan suara dan gaya apatah lagi,.sedikit sebanyak mengetuk kotak debaran aku, aku je ke?mungkin yang lain pon same kot,..emm


"saya yakin, group kami akan memenangi pertandingan nasyid kali ini kerana kami percaya, group lain tidak cukup latihan tetapi group kami terlebih berlatih", Gek berceloteh, tatkala suasana agak hambar seketika.


"Yang paling penting adalah niat kita, niat kita bukan nok menang, tapi adalah untuk menyampaikan dakwah melalui bait-bait beralunkan alunan muzik", Ayie menambah.


Diibaratkan seperti si pengembara di tengah-tengah padang pasir selama berhari-hari tanpa bekalan makanan dan minuman, akhirnay terjumpa dengan peti ais yang penuh dengan makanan, minuman dan buah-buahan, kesegaran terserlah,.!!
kesegaran itu dapat kami rasakan disini, nasihat menasihati, teguran secara berhikmah memantapkan lagi ukhwah sesama kami sekaligus perjalanan latihan berjalan dengan semangat sekali.


Selepas hampir sejam setengah berlatih (penat tak terkata), akhirnya kami rebah jua..tapi ada dikalangan kami terpaksa untuk mengadakan diri mereka di fakulti bagi tujuan tertentu.


Belom pernah dalam lipatan sejarah kami mengalami pengalaman berlatih nasyid di bulan ramadhan, agaknya jalan yang kami lalui ini adalah rutin yang biasa bagi artis nasyid tanahair yang perlu membuat latihan, tak kira bulan pose atau tak, bagi memenuhi jemputan yang diundang (sekadar untuk menenangkan hati yang berdebar ini..(^_*)



"Wang, korang da bangun belom, persembahan video da nak abes ni, mungkin nasyid akan start awal sikit, kejutkan yang lain taw..!!", sukar untuk aku meramal nada suara kamal, adakah dia dalam perasaan gembira atau pon berdebar. kalaw gembira, mesti video show tadi mantap, kalaw berdebar,..emmm...


"lagi sejam...!!!!!!"


kami semua seperti seorang askar yang dikejar musuh dari belakang, dalam masa yang sama perlu berhati-hati dengan langkah dek kerana tanah dipasiri dengan periuk api, cuba anda bayangkan (aku bagi korang masa untuk bayangkan situasi tu...)


"Rindukan, karyamu....rhythm dia tu berbeza sikit taw dengan yang sebelom tu, tak sama dengan "menyapa nuranimu"..", aku berlagak pandai membetulkan (padahal main hentam jek).


Itulah latihan terakhir kami kat fakulti, kami pon bergerak ke lecture hall, selepas mencabut undi, oleh kerana kami mewakili pelajar laki tahun 4, kami mendapat giliran yang ke 4.


selepas tamatnya persembahan kumpulan yang ke 3,...."mantap-mantap R diorang nih, abes la...aaaahh, tak kesah la, kami bukan nak menang, niat kami adalah untuk menyampaikan bait-bait dakwah.."hati-hati kami berbisik..(korang bayangkan macam dalam cite indon, camera fokuskan kat muka kami,slow motion, mute, dan dia nye background adalah audience kat belakang tu dan ada suara latar yang baca dialog kat atas tadi..)


"dipersilakan fpsk tahun 4 tampil ke depan!!..", Bear seakan-akan aznil nawawi yang teruja menjemput mawi ke pentas...


"takbir..!!"..Allahuakbar..


Gaya kuar dah macam team shautul harakah, tapi persembahan?(anda boleh layari laman youtubemoto.come)..ngeh3


"assalamulaikum, kami mewakili pemuda Pandan akan menyampaikan sebuah nasyid yang bertajuk malaysia memanggil (tajuk asal nye indonesia memanggil)", intro ku yang agak hambar,huhu

............................................................................................................................................................
................................................................................................................................................(dapatkan yang original)


"ko taw tak, group kite dapat nombor 2", gek yang kelam kabut kuar dari tandas masjid menuju ke arah ku yang baru nak berwudhuk,menyampaikan berita yang agak mustahil bagiku,..
Alhamdulillah..!!

"emm, mungkin en.sanizan tertukar form group kita kot", aku bermonolog sendirian.....



“Aku ingin sekali menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin yang ada di dalam di perut ibu mereka” (Hasan al-Banna)


“Barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta” (Thaha:124)

1 comment:

  1. xpenah dengar lagu tu.. kesiannye.. kn? ha, tahniah yer.. wpun dgn kehadiran suara penulis sebagai 'penyumbang', ade rezeki jgk grup penulis dpt no.2 d[^_^]V peace..gurau jer

    ReplyDelete