Fahamkan Mereka ~_^


Assalamualaikum..

Wah, udah lama laman ni kesepian, tanpa ada sebarang noktah baru ataupun barisan kata yang terkandung seribu makna. oleh kerana masa mendahului kita, keadaan jadi kelam kabut, lantaran diri terpaksa akur pada kehendak duniawi yang padaku hanyalah sekadar mainan di dunia, tetapi sekiranya niat ditetapkan pada sudut yang benar, i.allah akhirat sana tercatat segala-galanya.



sepantas mana pun valentino rossi, selaju mana pon roket Apollo x1966 memang ketinggalan jauh dengan kehebatan kelajuan masa. pejam celik, pejam celik, udah masuk cuti akhir sem 7.

Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan 2 posting (medicine & Surgery) selancar aliran air terjun yang menuruni bukit dan lurah di Sekayu, Terengganu.


banyak kenangan dan pengalaman yang dapat ditimba. kebanyakannya banyak kenangan manis daripada kenangan pahit. berhadapan dengan patient yang bermacam ragam, lecturer yang mahir dalam berbagi-bagai bidang membuatkan diri ini semakin seronok berada dalam medan ini. Sebenarnya banyak perkara yang hendak dikongsi disini, tetapi memandangkan masa tak mengizinkan, nampak gayanya ala kadar je la.

teringat time on call during surgical posting, saya dan hilmi berkunjung ke ward kenanga 14 di Hospital Temerloh. sebenarnya ward K.14 tu dikhaskan untuk medical punya kes. tetapi tujuan kami ke sana selain daripada mencari procedure adalah ingin menziarahi Dr.Nordin, tapi malangnya malam tu dia tak bertugas.


Setelah puas round the ward (not ward round), hampa dan keciwa..Log book still tak berisi, takde procedure yang dapat dilaksanakan. Then kami pon buat-buat sibuk kat kaunter nurse. tengah-tengah belek file, tiba-tiba..!!


Terdengar sayup-sayup jeritan suara yang datangnya dari hujung ward tersebut. kami saling memandang satu sama lain. Jam menunjukkan tepat pukul 11.58 malam. Mataku cuba mencuri pandang kearah datangnya bunyi suara itu, kelihatan ruang itu gelap gelita, tiada berpenghuni. kami cuba meleraikan kekusutan yang mula tersimpul padu dengan melontarkan soalan kepada akak nurse.

Setelah mendengar penjelasan daripada salah sorang akak nurse, kerisauan kami terubat. Patutlah akak-akak ni nampak selamba je, macam takde pape yang berlaku, mereka sudah biasa dengan keadaan itu.


Kami pun cuba menghampiri tempat kejadian. Ruang yang dikhaskan untuk pesakit yang mempunyai penyakit yang berjangkit agak gelap dan suram, kami sangkakan tiada penghuni di dalamnya.


"Jangan lupa pakai mask yer..", pekik akak nurse yang sedang sibuk menulis sesuatu di ruang kaunter. sebelum ni, saya hanya memakai mask time buat venepuncture kat macik dan pacik, reasonnya, bila gagal menyedut darah mereka, saya takkan segan silu untuk mengunjungi mereka lagi keesokkan hari nye, sebab mereka tak cam muka orang yang tak pandai cucuk tu.

suis lampu dibuka, tiba-tiba....


"doktor, sakiiiitttttt..!! matikan aku doktor, matikan aku,......sakiiiiiiiiiiitttt...!!
"Ya Allah...Allah,...Allah....Matikan aku ya Allah.."

saya seperti mayat yang kaku lesu, lidah kelu tak dapat berkata pape. "macam mana rasanya kesakitan yang ditanggung oleh abang ni," saya bermonolog sendirian.

"Dia memang macam ni, suka buat perangai", ibunya cuba menjelaskan keadaan sebenar.


"Abang, sabar yer, kuatkan semangat, jangan mudah berputus asa,."~Saya cuba
menenangkannya, tp tiba-tiba..


"Sakiiiiiiiiiiit", rintihan abang tu membuatkan aku tiba-tiba terasa sebak di dada..


Hilmi cuba mendekati ibunya yang sedang asek mengusap-usap anaknya untuk bertanyakan tentang anak dia.


Sebenarnya, Islam melarang kita daripada bercita-cita atau pun berkehendak untuk mati. Nabi SAW ada bersabda yang berbunyi:


"Jangan ada di kalangan anda yang bercita-cita hendak mati kerana sesuatu kemudharatan yang menimpanya. jika dia merasa perlu juga bercita-cita untuk mati, hendaklah mengucapkan: "Ya Allah ya tuhanku, hidupkanlah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagiku dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik bagiku"
(Muttafaq Alaihi)


kita sebagai orang beriman seharusnya mengelakkan daripada bercita-cita hendak mati dan sentiasa berlindung kepada Allah daripada mengeluarkan kata-kata tersebut. kita hendaklah menaruh setinggi-tinggi harapan pada Allah dalam setiap keadaan agar kita tidak dihina olehNYA kerana mengeluarkan perkataan sedemikian.


Dalam as-Sahihain juga daripada hadis riwayat Qais bin Abi Hazim katanya:

"Saya bertemu dengan Khabbab. Pada Masa itu perut beliau telah diselar dengan api sebanyak 7 kali. Saya mendengar beliau berkata: "Kalau tidaklah kerana saya mendengar Nabi SAW melarang kita daripada bercita-cita hendak mati, sudah tentu saya akan berdoa agar agar Allah mematikan saja saya"


Selain daripada itu, Muslim meriwayatkan di dalam sahihnya drpd hadis Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda"

"Janganlah hendaknya ada dikalangan anda yang bercita-cita hendak mati dan jangan juga berdoa agar dipercepatkan mati sebelum benar-benar kematian itu datang, kerana jika seseorang itu mati, terputuslah amalannya. sesungguhnya panjang umur yang diberikan kepada seseorang mukmin akan menjadi kebaikan kepadanya"

Islam membenarkan kita berkehendakkan kematian, iaitu berdoa dan bercita-cita untuk mendapat syahid.


Pengajarannya, walau betapa teruk penyakit yang menimpa kita, jangan sesekali mengeluarkan perkataan yang menunjukkan hasrat dan cita-cita untuk mati.

so kengkawan, kalau anda berhadapan dengan patient muslim macam tu, sekarang dah ada hujah untuk menasihati mereka agar tidak berbuat demikian.

1 comment:

  1. Nice..!!
    Thanks for sharing..
    -ex-teamMate Temerloh

    ReplyDelete