K.E.P.U.L.A.N.G.A.N

si ulat buku yang suke mengulat?



Tak sangka secepat ni masa berlalu,
pejam celik hembus sedut,
cuti-cuti ku menghampiri ke penghujungnye,
Fuhh, malam ni dah kene meniti jalan kepulangan ke ampang,

apa yang aku dah buat time cuti ni?
soalan yang sering mengetuk ruang pemikiran tatkala cuti melabuhkan tirai,

a'ah, apa yang aku dah buat?

azamku sebelum menjejakkan kaki ke kampung hari tu;

1. perbanyakkan amal kebaikan pada mak ayah

2. Menghabiskan buku-buku yg berlambak-lambak tu (buku by paulo coelho tu dah berzaman aku beli, ntah bila nak abes,.anai2,makanan utk korang dah sampai.!!..sep sep..)

3. Perbetulkan adek-adek aku yang bermasalah 2 orang tu

4. Cuba menjejaki kawan2 lama (asek2 muke yg same..kero..kero..kero...ahaha..jgn marah, saja bikin panas)


banyak lagi sanye, tapi tak perlu lah aku listkan semua, buek malu jo..haha

Ade yang berjaya aku capai, tapi ade jugak yang tak..erm, xpe..
Tapi aku bersyukur sangat2 kerana dikurniakan masa untuk dapat bersama-sama dgn keluarga,

bukan semua yang dapat peluang macam aku ni. sibuk dengan tanggungjawab tu lah, keje ni lah.
Tapi, mereka dapat keistimewaan dari sudut len pulak..

Dia kan MAHA ADIL...

so, jangan dengki2, buat busuk hati jer..

I'll be starting with Orthopaedic posting.
the elder one said, its just like the surgical posting, but we'll be dealing more with bones.




erm, kalau macam case presentation, quite complicated la, more detail compared to surgical nye case.

kalau patient to post alleged MVA, so kene describe la pasal trauma tu. macam mana kene langgar, kene langgar dari depan ke, belakang ke, tepi ke..

pastu kalau kene langgar dengan kapal terbang, berapakah kelajuan kpl terbang tu, then bila dah kene langgar tu, mcm mane jatuh dan sebagainye..eg: outstreched hand ke..





lepas kene langgar, ade dengar bunyi tulang meraung kesakitan ke (bunyi tulang patah), ada mana2 tulang yang menembusi kulit ke..seme ni penting sebab nak taw the type of fracture...

Fuhh, detail kn3?


Senior ada bgtw klw cam PE (physical examination), bukan mcm biasa (inspection, palpation, percussion, auscultation), tapi ad special nye eg : LOOK, FEEL, MOVE

maksudnye kite inspect, pastu palpate ckit2, then proceed with maneuver. lagi satu senior cakap, ortho ni byk giler dia nye maneuver. so kene byk kali praktis to make it smooth.

menarik kn ortho ni, betol x?

we hope we can finish it successfully..insha Allah. doakan yer..=)



Abu Hurairah r.a. berkata, “Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya..Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya”.






Perkongsian Part 1


Assalamualaikum..

Untuk entry kali ni, suka untuk saya berkongsikan sedikit pengisian yang saya timba daripada satu kuliah hadis yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Syarif Mohd Nor di salah sebuah surau di daerah Temerloh.


Kuliah hadis ni membincangkan sebuah buku (EMPAT PULUH HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN) yang ditulis oleh bekas guru kepada Ustaz Syarif iaitu Ahmad Fahmi ZamZam atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Ali Al-Banjarii An-Nadwi Al-Maliki.


Buku tersebut menceritakan perihal tanda-tanda kiamat yang sekarang ini telah dan sedang kita rasakan. Mungkin sebahagian besar daripada kita tidak menyedari akan beberapa tanda yang Allah tunjukkan kepada kita bagi memberi signal akan tibanya hari pengakhiran atau lebih senang kalau kite sebut sebagai Hari Kiamat. Debaran jantung dunia sentiasa akan dikejutkan oleh peristiwa-peristiwa ganjil yang akan terjadi dari masa ke semasa.


Di dalam muqaddimah buku tersebut, ada menerangkan bahawa segala bentuk permasalahan dan kekacauan yang dihadapi oleh umat Islam sepanjang zaman, baik yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan mendatang sebenarnya telah diceritakan, telah diterangkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Semuanya telah dijelaskan tanpa ada satu pun yang tertinggal. Ianya mengenai cara-cara untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku. Di dalam hal ini, termasuklah permasalahan-permasalahn yang dihadapi oleh umat Islam di akhir zaman, di mana sejak lebih 1400 tahun yang lalu telah pun diterangkan oleh rasulullah SAW kepada umatnya supaya mereka dapat berwaspada, menjaga diri agar tidak terpesong daripada landasan yang Islam anjurkan.


Suka untuk saya berkongsikan sebuah hadis yang dinukilkan di dalam buku tersebut yang mana diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah yang bermaksud:


Daripada Abu Zaid, iaitu Amr bin Akhthab al-Anshari r.a, katanya: “Rasulullah SAW bersembahyang subuh bersama (berjemaah) dengan kami, kemudian beliau terus naik ke atas mimbar dan berkhutbah sehingga sampai masuk waktu sembahyang zohor, kemudian beliau turun dari mimbar dan bersembahyang zohor (bersama kami).

Setelah selesai sembahyang zohor, beliau terus naik lagi ke atas mimbar dan menyambung khutbahnya sampai masuk waktu asar, maka beliau turun dari mimbar dan bersembahyang asar (bersama kami). Setelah selesai sembahyang asar, beliau terus naik ke atas mimbar dan melanjutkan khutbahnya sehingga tenggelam matahari.

Beliau memberitahu kepada kami apa-apa yang telah terjadi dan apa-apa yang bakal terjadi. Maka sesiapa yang terpandai diantara kami, dialah yang paling banyak menghafalnya”


Mana mungkin khatib pada hari ini mampu untuk memberi khutbah sepanjang dan selama itu, dan mana mungkin makmum dapat bertahan selama itu. Khutbah jumaat yang lama pon, berapa ramai yang complain. Alasan takut lambat untuk masuk ke pejabat.


Apa yang nak cerita kat sini, di dalam khutbah Baginda SAW yang panjang itu telah diterangkan hal-hal yang berkaitan dengan makhluk dari mula penciptaannya hingga ke akhir zaman dan perkara-perkara yang berkaitan dengan alam barzakh dan hari kiamat.


Huzaifah al-Yaman berkata, “Terkadang aku terlihat sesuatu yang telah aku lupakan, ,maka kembali ingatanku kepada khutbah Rasulullah SAW, maka aku mengingatinya kembali. Samalah halnya salah sorang kamu yang mengenal semula sahabat yang telah lama hilang dari ingatannya apabila ia bertemu semula dengannya”


Huzaifah al-Yaman cuba menjelaskan bahawa peristiwa yang berlaku di depan matanya pada ketika itu telah pun diceritakan oleh Nabi SAW di dalam khutbah yang disampaikan oleh Baginda SAW. Kalau kita sedar, bahawa satu ketika dulu Nabi SAW ada menyebut bahawa pada masa akan datang, besi akan boleh terbang di langit. Mungkin pada ketika itu para sahabat tidak dapat membayangkan ianya sebuah kapal terbang, jet, roket ataupun helicopter. Banyak lagi peristiwa-peristiwa besar yang Nabi SAW isyaratkan kepada para sahabat yang ianya pasti akan berlaku seperti mana kejayaan umat Islam menguasai kota Constantinople.


Jadi, tak usah lah kita berbesar diri, keras kepala nak menolak hadis, sebab nanti kebinasaan akan menimpa pada diri sendiri. Ramai je orang sekarang yang tidak mempercayai hadis dan makin jauh dengan al-Quran. Tidak hairan bermacam-macam masalah umat yang makin menjadi-jadi sekarang. Padahal, banyak pengajaran dan pedoman yang boleh kita ambil daripada al-quran dan hadis.


Ni nak habaq mai, al-Quran dan Hadis tu adalah pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Kita tak akan sesat selama mana berada di atas muka bumi sekiranya kita berpegang teguh kepada kedua-duanya. Al-quran dan hadis sebenarnya pegangan yang tidak luntur dan sumber segala kekuatan serta keterangan yang lengkap dan jelas tentang identity Islam itu sendiri.


Jadi, setakat ini dulu buat kali ini, inshaAllah sambungan seterusnya akan menyusul selepas ini. Doakan moga ilmu ini dapat dikongsikan bersama.

Wassalam

syauki ilaika, Thurs,

sepeninggalanku...

Assalamualaikum..

uhuk..uhuk..uhukk...banyaknye habuk, sampah sarap..memang betul la kate org page ni da bersawang...salah shiapa?? yAng PentiNg nGga boleh shalahkan iBu menGandung yaa...
punYa la lame giler tak uPdaTe, haMpir seDekad gaMaknye..ye kEr??..kAlau duLu, tengOk oraNg berFriendsTer, taNgan nI gAtaL nAk berfRiendsTer jUgak,.tHen raSe bEst pUlaK baCe bLog MembEr2, Nak JaDi bLogGer juGak..aLih2, sEme diBiarKan cEtu jek..ni lA oRang bIlang "hanGat2 naJis aYam"..ahaks..teRkena kaT Hidung sendiriK..

so, SeKaraNg caM dApat KesEDarAn la kOnoN..tApi sTill bLurr, nAk nuLeh apE pOn nGga taw,.meMang KeNe la Dgn situasI ak skRg ni, yAng Buntu taHap A leveL..nGga taW mahU diPiliH aNtaRa 2 PiliHan..iya, Ku PanjaTkan Doa kpd NYA, mOga diberI peTunjuk uNtuk meMilih Yang paLing tArRrbaek buaT ak,..^_^

seKarang Ak maSih beRisteri..oPs,.bkn beRisteri, tapI beRistireHat, menghaBiskan Sisa2 Cuti akHir taHun ku iNi..beRbaKi laGi 2 MinGgu seBelum ak mElangkah ke TahuN seTerusnYa. AlhaMduLillaH, ak bErJaya meNamaTkan tAhun peRtamaku dAlam aLam cLinical yeAr. RaSa bErsYuKur yg taK TerHinGga keRana ak berJaya samPai ke taHap ni. sUnGguh tak Ku sangka (mcm TaJuk laGu pUlAk)..sEmua ini adaLah aNugeRah daRi YanG MAHA ESA..
mAsiH beRbaKi 2 taHun untUk ak menggenggam MBBS yaNg seLama iNi ak iDam-iDamkan. dan semOga kami (43 of us) can grab it..mudahKan jaLan kaMi ya ALLAH...

(~_~) syauki ilaika, 12:01, wed