Apa khabar Imtihan ~_*


Assalamualaikum,..suMma Alhamdulillah, masih lagi mampu untuk menghayati setiap detik masa berlalu, setiap komposisi Oksigen n karbon dioksida yang disedut dan dihembus, tapi alangkah sedihnya masih lagi terdapat umat yang masih lagi berada di awan awangan, mereka yakin yang mereka tidak akan bepijak ke tanah..wana'uzubillah,..


Alhamdulillah, selesai juga tempoh 2 minggu yang betul-betul mencuakkan (mintak2 X kantoi dgn DBP)..Hari ni last paper,..Microb,..subhanallah,..Dia baru bagi sikit je kesusahan, tapi masing-masing mengeluh,..Astaghfirullah,..'apa gunanya ak stay up malam td tapi x dapat jwb gak,..'

'dia tu tido je kejenya, tp still boleh jwb,.'

Astaghfirullah, banyak2 istighfar dan mengucap bagi sapa-sapa yang berkata demikian..Banyak mana yang kita studi bukan penentu kepada kejayaan..apa maknanya keberkatan kalaw kita luangkan lebih masa pada aktiviti2 sTudi..solat jemaah entah ke mana,..apakah kita masih lagi berkira-kira dengan solat dhuha, tahajjud, tadarus al-Quran, ziarah, tolong sahabat, demi mencukupkan bilangan jam studi?


" Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan NYa. Sungguh Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (AT-TALAQ : 3)


Cukup sempurna diterangkan bahawa pertolongan Allah datangnya dari jalan yang selama ni tak pernah kita sangka-sangka. Dah cukup atau tak untuk menjelaskan bahawa jam yang diperuntukkan untuk study sebenarnya tidak sedikit pon berkadar langsong dengan natijah yang bakal kita dapat?


Yang sebenar-benarnya kawan-kawan, pemberat yang paling besar dalam meletakkan harapan ialah pengharapan dan pergantungan kepada Allah setelah bertekun duduk kt meja study. Dan pergantungan serta harapan ini menuntut keistikhamahan dalam mengungati NYA...


Dan dengan meyakini kita perlu kejar cita-cita kita sebagai doktor, titipkan juga ingatan ini "Untuk mendapat rahmat NYA, tak masuk Universiti pon kita mampu beroleh rahmat"


so kengkawan, la tahzan,..berserah je segalanya kepada NYA...I.Allah sekiranya amal kita ikhlas kerana NYA, pintu kejayaan terbuka luas kpd kita..

Semoga Allah menjaga hati-hati kita,.I.Allah


"Ya ALLah, bantulah kami...berikan kami kejayaan di dunia dan juga di akhirat...Mudahkan lah jalan kami untuk menjadi seorang doktor Islam yang mengamalkan sepenuhnya nilai-nlai Islam,.Izinkan kami seramai 43 orang dapat masuk ke Tahun 4 bersama-sama,.."



(Gabungan daripada sebuah artikel Islam)

1 comment:

  1. Macam kenal ke bait-bait di situ.
    Mabruk, dah lepas pun kan. Doakan untuk yg lain pulak.

    ReplyDelete