Mesir, Padaku adalah.......

aSSalamualaikum..

Siri ke-2 Jelajah ke Mesir =p



Hari Pertama sy di bumi Mesir, perkara pertama yang begitu mengagumkan sy adalah amalan bertemankan al-quran dikalangan penduduk mesir. Tidak kira dimana mereka berada, al-quran tetap disisi. Kalaw kita perhatikan dalam setiap kereta, mesti ada sekurang-kurangnya satu naskah al-quran. Agaknya sebelum keluar umah, al-quran lah perkara pertama yang mereka cari utk dibawa bersama, sekiranya tak jumpa, alamatnya terbantutlah hasrat mereka untuk keluar. macam mana pulak dgn kita kat mesia ni?


Nadirah: Angah, cepatlah...Dah lewat sangat ni..Pengantin Lelaki dah nak sampai da..Irah da janji dgn kak yapma utk jd pengapit dia....cepat Laaaa,...duk cari apa lagi tu..?

Angah: Irah ada nampak tak hand bag angah yang warna pink tu? semalam angah letak kt cni, tp.........mane plk peginya....Ishhh...takde mood la nk pegi !!

Nadirah: Ala, pakai je bag sekolah adek tu, ari ni kn cuti sekolah..(sambil ketawa sinis)..

Angah: Owang serius neh...!! main-main plk..da laa...irah pegi lah sorang-sorang..mane best klw baju tak 'matching' dgn hand bag..jgn lupa kim salam kat kak yapma taw...tolong tapaukan sekali nasi dagang tu,..hehe

Tengok, hand bag punya pasal sampai tak jadi nak pegi kenduri kawen.

Firman ALLAH:
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Al-Hijr: 9)


Menurut Imam Ar-Razi bahawasanya setiap huruf, setiap kalimah, setiap baris dalam Al-Quran itu terkandung padanya faedah. Banyak lagi faedah-faedah yang akan kita perolehi dgn membaca al-quran. Kalimah Basmalah mempunyai sebanyak 19 huruf, dan sekiranya kita hanya membacanya dengan niat utk membaca al-quran, kita dah dapat 190 pahala..




Firman ALLAH:

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ni) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu" (Surah Fussilat: 53)


"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman: 13
)


Jadi tak salah rasanya untuk kita menciplak budaya mulia mereka ini. kita boleh bermula daripada awal. kalaw selama ini kita jarang-jarang membaca quran, cuba kita amalkan sekurang-kurangnya 3 ayat satu hari, tp dgn syarat kene lah istiqamah. Then as time goes by, I.allah kia akan lebih rapat dgn al-quran, InsyaAllah...



"Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-cita yang terbesar dalam hidupnya, maka ALLAH akan memberikan empat perkara dalam hatinya: kesusahan, yang tiada putus-putusnya untuk selama-lamanya, kesibukan, yang tiada akan selesai selama-lamanya, kemiskinan yang tidak akan berkesudahan, dan angan-angan yang berpanjangan" (Hadith)

No comments:

Post a Comment