Caknakah saya??al-Quds??


Assalamualaikum dan salam perjuangan buat semua pemilik-pemilik hati yang masih lagi mempunyai sekelumit perasaan Habiib atau pun kecintaan pada saudara seagama yang berada di al-Quds.


Molek benarlah kalau saya ibaratkan kita ini seperti air di dalam besen yang bocor. Kalau takde sesiapa yang menutup ataupun menampal kebocoran dan menambahkan air tersebut, makin berkuranglah air itu.



Kenapa saya bagi perumpamaan seumpama itu? Kita boleh lihat sendiri masyarakat kita sekarang ini yang makin hari makin lupa lantaran alpa dengan apa yang sedang berlaku di Palestin.


Beberapa bulan yang lepas, iya, kita begitu berkobar-kobar melaungkan laungan yang mengherdik yahudi laknatullah, menyertai demostrasi-demostrasi dan mengedarkan risalah-risalah berkaitan dengan Palestina, juga mengekang dan melawan nafsu kita untuk bertandang ke TESCO yang menawarkan harga barangan yang termurah dikalangan pusat-pusat shopping yang lain. Begitu juga resipi-resipi terbaru yang terdapat di mcD sebagai contoh.


Tapi sekarang, semuanya menjadi lesu dan layu umpama layunya kuntuman mawar merah di jendela. Rasanya ana boleh mengatakan bahawa semangat cakna pada Palestina berkadar terus dengan tahap kekejaman yahudi dan bilangan umat Muhammad yang dibunuh. Adakah kita ingin menunggu lebih ramai saudara-saudara kita dibunuh, barulah kita akan bertindak?



Yahudi ni memang degil, dop makang samang (loghat ganu) dan tak pernah serik. Mereka akan terus memusuhi kita sehingga kita mengikut telunjuk mereka.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah 2: 120, "Sekali-kali Yahudi dan Nasrani itu tidak akan reda selagi kamu tidak mengikut agama (cara hidup) mereka”.



Kerosakan pertama yang pernah dilakukan oleh mereka adalah di Yathrib (Madinah al-Munawarah) dimana politik, ekonomi dan sosial dikuasai mereka manakala bangsa-bangsa lain ditindas dan dilaga-lagakan. Sebab itu Aus dan Khazraj sentiasa berperang.



Pengutusan Nabi Muhammad SAW daripada kalangan kaum arab dan bukan daripada golongan yahudi membuktikan Allah itu Maha Adil dalam membela hamba-NYA. Rasulullah SAW telah banyak kali bagi muka kepada mereka tetapi mereka tetap dengan sifat sombong dan bongkak malahan pelbagai usaha dibuat untuk membunuh Nabi.



Akhirnya, pada bulan Muharram tahun ke-2 Hijrah, mereka diusir dari bumi Khaybar dan semenjak itu, ke mana sahaja mereka pergi, orang akan benci pada mereka kerana sifat mereka yang tidak henti-henti melakukan kerosakan di muka bumi ini. Firman Allah SWT di dalam surah al-Isra', ayat 4, "Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam kitab itu: sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau".

Sifat buruk Yahudi yang patut kita haramkan dalam diri kita adalah sifat tak pandai berterima kasih malahan mereka saja buat-buat lupa. Ketika pemerintahan Islam dahulu, mereka pernah dengan penuh hina diberi belas ihsan yang bersyarat.



Malah, ketika kuasa Kristian nak bunuh mereka beramai-ramai di Andalusia pada 1492, kerajaan Islam Turki Uthmaniah lah yang memberi perlindungan kepada mereka dibawah kuasa Islam. Balasannya, mereka pula hancurkan Islam dari dalam hingga Khilafah Islam yang besar dan menguasai 2/3 dunia runtuh dengan rasminya pada tanggal 3.3.1924.

Tentera Salib (adegan dalam sebuah filem)

Mereka juga tidak pernah mengambil iktibar dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh pejuang-pejuang Islam satu masa dahulu. Sebagai contoh, Tentera Salib merampas Jerusalem dengan kekerasan dan membunuh semua tentera Islam yang menyerah.



Mereka juga menganiaya kanak-kanak dan memperkosa wanita-wanita Islam lalu membunuh mereka. Mereka jadikan anak-anak kecil sebagai barang mainan dengan melambung anak-anak kecil yang tak berdosa itu ke udara kemudian ditadah dengan tombak ataupun pedang sehingga berkecai tubuh anak-anak kecil itu.


Adik-adik kita yang dahulunya riang bermain di padang, akhirnya..........



abang dan kakak di malaysia, bantulah kami...




Peristiwa-peristiwa ini membuatkan Sultan Salahudi Ayubi menitiskan air mata dan menanam azam untuk menakluki kota jerusalem itu. Akhirnya satu perjanjian diantara Sultan Salahudin Ayubi dan Raja Balian iaitu raja Jerusalem pada ketika itu telah termeterai selepas berlakunya beberapa peperangan yang semuanya berpihak pada tentera Islam dan pada pagi Jumaat, tanggal 27 Rejab, 583H iaitu tarikh peristiwa Isra' dan Mikraj, Sultan Salahudin dan tenteranya berjaya menakluki kota Jerusalem.





Sesiapa yang menakluki Jerusalem (Palestin), dia menguasai dunia. Pesanan Sultan Salahudin kepada tentera mereka sebelum memasuki kota tersebut: "Pada hari ini kita memasuki Kota Jerusalem dengan tenang. Saudara-saudara perlu menahan diri daripada melakukan maksiat kepada kaum wanita mereka, Lindungi kanak-kanak dan mereka yang kurang upaya. Sesiapa yang melakukan penganiayaan akan dihukum".



Sultan Salahudin membenarkan penduduk mereka meninggalkan kota dalam keadaan selamat dan aman dan mereka hanya perlu membayar wang tebusan dan bayaran tebusan tidak dikenakan kepada mereka yang tidak mempunyai wang.



Harta-harta mereka juga tidak dirampas. Betapa jauhnya perbezaan keperibadian yang ditunjukkan oleh orang Islam dengan sifat-sifat tercela tentera salib tersebut. Malahan walupun mereka kalah teruk, tetapi mereka tetap menanam hasrat untuk menawan kembali kota Jerusalem itu.




Sekarang, saya yakin anda semua mempunyai gambaran yang jelas tentang kezaliman dan kejahatan golongan Yahudi.


disini, saya sertakan kata-kata seorang ketua Whip HAMAS, Khalil Ismail al-Haya:

"Allah telah memilih kami berada di Palestin untuk berjihad", selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran, selama itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? hanya kerana kami mengucapkan Lailahaillallah dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.

Kami akan memastikan prinsip Islam akan terus dijulang namun, kami memerlukan sokongan dan bantuan daripada anda. Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekalian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut daripada Allah atas kealpaan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua.



Disini juga, saya listkan beberapa langkah untuk menyokon GAZA:

1) Ikuti berita yang berlaku di GAZA

2) Muat turun gambar-gambar kekejaman Zionis dan menyebarkannya seluas-luasnya.

3) Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang dicapai oleh hero-hero di Gaza dengan bantuan Allah setiap hari seperti berapa orang tentera Yahudi ditewaskan dan berapa buah kete kebal berjaya ditumpaskan.

4) Telefon pejuang-pejuang Islam di Gaza, bagitau anda daripada mana dan kongsi perasaan kamu dan nyatakan sokongan anda. Boleh hubungi nombor ini 009708285****. Tukarkan nombor **** dengan sebarang nombor.

5) Lekatkan gambar-gambar Palestin di bilik, kereta, laptop dan sebagainya.

6) Sertai aktiviti2 tentang Palestin seperti ceramah dan sebagainya.

7) Anjurkan aktiviti kesedaran Palestin

8) Jadikan isu Palestin sebagai topik utama perbincangan.

9) Boikot barangan Israel dan Amerika



10) Ingat Palestin dalam doa dan teruskan membaca Qunut Nazilah untuk Israil.

Kalau bukan kita untuk praktikkanya, siapa lagi?
Biarlah diri ini dihina, dicaci, tetapi hanya keredhaan ALLAH sahaja yang ku dambakan..


Sumber: Novel sejarah ISLAM, Salahudin Ayubi by Abdul Latib Talip
: Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul by Fatimah Syarha Mohd Noordin
: Al-Aqsa Friend Society of UIAM



1 comment: